in

4 Model Edisi Terhad Proton Bakal Dilancarkan Pada 18 Februari Nanti

Proton akan memperkenalkan 4 model edisi khas secara serentak pada 18 Februari nanti. Antara model yang bakal diperkenalkan adalah Proton Persona Black Edition, Proton Exora Black Edition, Proton Saga R3 Limited Edition dan Proton Iriz R3 Limited Edition.

Kesemua model yang edisi khas dan terhad ini akan didatangkan dalam versi serba hitam seperti Saga Anniversary Edition yang keluar pada tahun lepas. Buat masa sekarang, tiada maklumat mengenai perubahan apa yang dibuat pada kesemua model edisi khas ini.

saga anniversary edition

Kredit: Pandu Laju