Harga Lesen Memandu 2024 Untuk Lesen Kereta & Lesen Motor

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai promosi harga lesen memandu 2024 untuk harga lesen kereta dan harga lesen motor yang murah sama ada auto atau manual mengikut standard Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.

Artikel lain menarik: Panduan Tekanan Angin Tayar Kereta & Motor

Harga Lesen Memandu

Berikut adalah senarai kadar bayaran lesen memandu atau pakej harga lesen memandu:

Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2024

  • Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
  • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
  • Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
  • Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik  DA : RM1250 hingga Rm1500

Untuk umur 21 tahun dan ke atas boleh mohon dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori

Cara Daftar Lesen Memandu Kali Pertama

Dibawah ini adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu kali pertama:

lesen motosikal murah

Daftar dan Cara Mengambil Lesen Motor

Untuk cara daftar lesen motor dan cara mengambil lesen motor, ikuti langkah berikut:

  1. Buat pendaftaran terus di pusat, institut, tempat ambil lesen motor murah yang anda inginkan
  2. Mengikuti kelas dan kursus untuk belajar selama 6 jam secara teori di pusat latihan memandu
  3. Ambil ujian komputer, mesti lulus dengan mata 42 dari 50 melibatkan ujian mata, ujian simbol, undang-undang dan papan serta peraturan jalan raya, soalan kejara
  4. Lulus ujian komputer, boleh dapat lesen L motor / motosikal anda
  5. Menjalani latihan belajar memandu / menunggang motosikal
  6. Ambil ujian JPJ untuk lesen P
  7. Jika lulus peraturan, anda layak guna lesen P untuk selama 2 tahun. Jika gagal, bayaran ulangan test jpj motor / kereta adalah subjektif tempat anda daftar.
  8. Selepas 2 tahun boleh tukar ke lesen memandu

Kadar Bayaran Renew Lesen Memandu

Kadar harga buat baru dan bayaran renew lesen motor dan kereta terkini baik L atau P di JPJ, anda boleh semak jadual bawah ini

Kadar Bayaran Lesen Belajar Memandu LDL Dengan JPJ

KATEGORIKADAR BAYARANTEMPOH
Lesen Kelas ARM23 bulan / 6 bulan
Beli Lesen Motor Kelas B2 (tunggal) untuk LRM2 / RM43 bulan / 6 bulan
Harga Lesen Kelas B Full Murah JPJ atau Lesen Kelas CRM20 / RM403 bulan / 6 bulan
Lesen Kelas D dan lain-lainRM30 / RM603 bulan / 6 bulan

Lesen Percubaan PDL

KATEGORIKADAR BAYARANTEMPOH
Lesen Kelas A / A1RM22 tahun
Bayaran Lesen Motosikal Kelas B2 (tunggal)RM22 tahun
Lesen Kelas B atau Lesen Kelas CRM402 tahun
Lesen Memandu Kelas Auto D / Kereta Manual DA / F / G / H / IRM602 tahun

Lesen CDL

KATEGORIKADAR BAYARAN HARGA RENEW LESEN MEMANDUTEMPOH
Lesen Kelas A / A1RM21 tahun
Harga Lesen Kelas B2 (tunggal), B Full / CRM201 tahun
Kos Harga Lesen Kelas D / Lori E Full / F / G / H / IRM301 tahun

NOTA: Kepada yang ada B2 dan mahu upgrade lesen b full, anda perlu ambil semua lesen L B Full di JPJ dengan bayaran RM20 dan perlu selesaikan latihan & ujian di pusat belajar pilihan anda selama 3 bulan. Jikalau lulus ujian boleh dapat B full.

Lesen Konvensional

KATEGORIKADAR BAYARANTEMPOH
Berapa Promosi Harga Buat Lesen GDL Terkini / Lesen Bas PSV atau CONRM201 tahun

Sumber: Mypt3