Kenapa Bayi Menangis Malam

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Sebab bayi menangis malam dan cara mengatasi masalah bayi menangis malam yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Bayi Menangis Malam, Kenali Sebab Dan Cara Atasi Masalah Ini (theasianparent.com)

Lain: Kenapa Bayi Muntah Susu

Sebab Bayi Menangis Malam

Tahukah anda mengapa bayi menangis malam?

1. Kenapa Bayi Menangis Malam : Berasa lapar

Bayi mempunyai perut yang kecil dan anda perlu memberikannya minum susu dengan kerap. Ibu dan ayah harus peka dengan tanda-tanda kelaparan bayi seperti bayi meletakkan tangan ke mulut atau memukul mulutnya. Berikan bayi susu sebelum dia mula menangis.

2. Perut tidak selesa

Bayi mudah mengalami masalah gas dalam perut, jadi perlu sendawakan bayi. Hal ini kerana mungkin dia menelan udara yang banyak sewaktu menyusu botol sekali gus menyebabkan perutnya kembung. Jika ini berlaku, perlahan-lahan urut bahagian belakang bayi untuk sendawakannya.

3. Lampin penuh

Ada sesetengah bayi boleh ‘bertolak ansur’ dengan lampin yang lembap atau kotor dalam masa singkat dan ada juga bayi yang mahu ditukar segera. Memakai lampin yang bersih akan memberi keselesaan kepada bayi untuk tidur. Justeru segera menukar lampin bayi anda bagi memastikan dia boleh tidur dengan lena.

4. Rasa terlalu sejuk atau panas

Boleh jadi bayi anda menangis pada waktu malam disebabkan dia berasa terlalu sejuk. Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang selesa bagi memastikan keselesaannya. Jika anda memasang pendingin hawa di bilik, periksa suhu supaya tidak terlampau sejuk untuk bayi. Begitu juga sebaliknya jika bayi anda berasa panas.

5. Masalah gigi

Jika bayi anda menangis pada waktu malam tanpa sebab, periksa pada gigi bayi sama ada ia menjadi punca ketidakselesaannya. Sakit gigi boleh bermula seawal 4 bulan. Jika bayi anda sudah mula tumbuh gigi, urut gusi dengan lembut bagi mengurangkan rasa sakit pada gigi bayi.

Cara Mengatasi Masalah Bayi Menangis Malam

Berikut adalah cara mengatasi masalah bayi menangis malam.

1. Bedung

Membendung bayi menjadikannya lebih tenang, jadi dia akan tidur dengan nyenyak seolah-olah tiada gangguan. Bagaimanapun, pastikan bedung bayi dengan cara yang betul untuk mengelakkan bayi tidak selesa. Bayi yang tidak dibedung juga mudah terkejut sewaktu tidur.

2. Dukung, perlahan-lahan dodoikan bayi

Letakkan bayi di lengan anda dan hayunkan perlahan-lahan sambil mendodoikan dengan zikir-zikir atau nyanyian yang menenangkan bayi. Selain itu, boleh memasang bunyi air mengalir kepada bayi. Dikatakan bunyi ini sama seperti bunyi berada di dalam rahim ibu.

3. Bunyikan ‘shushh’ pada telinga bayi

Bunyi ‘shushh’ ini menghampiri bunyi bising seperti di dalam rahim. Rahim ialah satu alam yang sangat bising. Jadi apabila suasana terlalu senyap, bayi akan mula resah dan menangis.

4. Pegang bayi dalam keadaan meniarap

Sewaktu di dalam kandungan, keadaan bayi adalah tidak tetap dan terapung-apung di dalam air. Mereka akan berbaring di sisi atau terlungkup dengan kaki dan lutut menekan perut.

Jadi boleh gunakan kaedah ini untuk menenangkan bayi. Bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk bayi berumur 3 bulan dan ke bawah.

5. Urut bayi dengan lembut

Jika anak anda mengalami kembung perut, boleh mengurutnya dengan lembut. Terdapat pelbagai teknik mengurut bayi yang boleh diperolehi daripada laman Youtube. Urutan ini boleh mengeluarkan angin jika dia kembung dan bayi akan berasa selesa.

Sumber: Bayi Menangis Malam, Kenali Sebab Dan Cara Atasi Masalah Ini (theasianparent.com)