Ini 7 Cara Diet Yang Betul Untuk Turun Berat Badan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai cara diet yg betul dan cara diet berkesan dalam masa seminggu sebagai cara kuruskan badan dan cara turunkan berat badan.

Artikel berkaitan: Cara Kira BMI (Body Mass Index) dan Online BMI Calculator

Cara Diet Yang Betul

Berikut adalah cara diet yg betul, cara diet yang berkesan dan cara diet yang sihat yang boleh anda gunakan.

Cara Diet Yg Betul

Sila ikuti tip berikut untuk cara diet yang betul yang dikongsikan oleh penulis asal di Hello Doktor.

Jangan terlepas sarapan pagi

Seperti mana yang kita tahu sarapan pada pagi hari adalah waktu makan yang paling penting.

Pun begitu, ada individu yang dengan sengaja meninggalkannya, hanya kerana ingin tubuh badan yang kurus.

Salah! Anda tidak boleh terlepas sarapan pagi kerana ia adalah waktu mendapatkan nutrien untuk tubuh badan berfungsi.

Tanpanya, anda hanya akan mengambil lebih banyak snek pada hari itu kerana lapar.

Minum air kosong lebih banyak

Mesti ramai yang berfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan kalian gemuk air bukan?

Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika anda kenal diri sendiri.

Ramai yang keliru antara rasa dahaga dan lapar.

Itulah punca individu makan lebih banyak. Padahal, apa yang diperlukan mereka ketika itu hanyalah segelas air kosong sahaja.

Makan lebih banyak sayur dan buah

Buat anda yang mungkin belum tahu, sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak serta tinggi serat – 3 elemen terpenting yang perlu diberi perhatian jika berhasrat untuk berdiet.

Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat sihat untuk tubuh badan kita secara umumnya. Jadi, sila ambil sayur dan buah lebih banyak jika anda ingin kurus.

Makan pada waktu yang tetap

Ramai individu yang beranggapan bahawa perbuatan skip salah satu waktu makan boleh membantu diet anda.

Tidak sama sekali, ini kerana ia hanya membuat kalian mengambil lebih banyak snek kerana lapar.

Sebaliknya, sila makan pada waktu yang tetap pada setiap hari namun dengan kuantiti makanan yang lebih sedikit.

Dengan ini, dapatlah kalori yang anda ambil itu dibakar dengan lebih cepat.

Tidak perlu ‘mengharamkan’ makanan

Apa maksudnya? Anda yang sedang berdiet sebenarnya tidak perlu untuk membuang atau mengelak dari memakan sesuatu jenis makanan, terutamanya yang anda sukai.

Ini hanya akan menyebabkan anda mengidam lantas memakannya lebih banyak jika mendapat peluang.

Sebaiknya, ambil sahaja makanan yang anda suka itu asalkan ia tidak lebih dari saranan kalori harian anda.

Guna pinggan dan mangkuk yang lebih kecil

Meskipun tip ini kelihatan seperti satu jenaka, namun ia sangat berkesan.

Dengan menggunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil, ia akan membuat kalian makan dengan kuantiti sedikit.

Lama kelamaan, anda akan terbiasa sehingga anda sudah boleh kenyang dengannya. Oleh itu, cuba gunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil dan makanlah secara perlahan-lahan.

Diet tidak bermaksud tidak boleh aktif

Akhir sekali, anda tidak boleh hanya bermalasan sahaja di rumah atau tempat kerja dengan alasan anda sedang berdiet. Ini adalah satu tanggapan yang salah.

Sebaliknya, anda perlu kekal aktif untuk membantu tubuh badan membakar lebihan kalori yang diambil. Selain itu, ia juga boleh buat tubuh badan lebih sihat secara total.

Sumber: Hello Doktor