Latihan Dalam Perkhidmatan LDP

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) seperti objektif, contoh LDP, & tawaran LDP.

Lain: Ujian Psikometrik KPM: Maksud dan Contoh Soalan

Apa itu Latihan Dalam Perkhidmatan

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan sebuah program pembangunan profesional yang dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme kakitangan sesebuah organisasi. 

Bagi pegawai kerajaan, program yang disertai bagi LDP ini perlulah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

LDP ini sudah semestinya berbeza berbanding Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) yang mana LDP adalah untuk penjawat awam yang sudah berada dalam perkhidmatan.

LDP secara ringkasnya adalah program-program penajaan untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan.

Objektif LDP

Objektif Latihan Dalam Perkhidmatan ini adalah:

  1. Memupuk budaya sentiasa menimba ilmu dan menajamkan kemahiran sedia ada
  2. Mewujudkan kepercayaan dan komitmen menyeluruh dalam proses pembelajaran dan pembangunan
  3. Komunikasi yang jujur, terbuka dan gaya kepimpinan yang berwawasan.
  4. Budaya organisasi yang kreatif, terbuka, inovatif serta struktur organisasi yang kondusif
  5. Amalan proses menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan teknik yang betul
  6. Proses kemahiran projek yang fleksibel serta sumber dan kemahiran yang berkualiti.

Contoh LDP

Terdapat banyak contoh latihan dalam perkhidmatan atau kursus yang boleh disertai oleh pegawai kerajaan dan guru-guru bagi melengkapkan keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini antarnaya:

  • Kursus Membina Blog
  • Kursus Pengucapan Bahasa Inggeris
  • Menyambung pengajian peringkat Ijazah (Masters) atau Ijazah Kedoktoran (PhD)
  • … dan sebagainya

Pengumuman tawaran LDP

Pihak JPA akan membuat hebahan tawaran LDP ini dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di pautan https://esilav2.jpa.gov.my/

Tatal ke bawha halaman tersebut dan lihat pada kotak hebahan Latihan Dalam Perkhidmatan ini seperti gambar di bawah:

latihan dalam perkhidmatan

Senarai program LDP yang sedang dibuka untuk permohonan akan dipaparkan dalam ruangan seperti gambar di atas – buat masa ini tiada permohonan LDP baru dibuka.

Penjawat awam yang berminat untuk memohon LDP perlulah sentiasa menyemak halaman ini untuk hebahan terbaru.

Sumber: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) (ecentral.my)