Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Raub ByPass : Lokasi & Peta Jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU
Lain: Harga Tol PLUS Terkini Setiap Laluan Di Malaysia
Apa itu Raub Bypass?
Raub ByPass merupakan sebahagian daripada Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan merupakan Seksyen 5A bagi projek LTU.
Ianya memudahkan pengguna yang ingin pulang ke Kelantan dari Kuala Lumpur.
Lokasi / Peta Raub Bypass
Pembukaan jajaran tersebut dapat memberi manfaat dengan menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub. Berikut adalah lokasi Raub Bypass
Secara keseluruhan, panjang Seksyen 5A: Raub ByPass adalah 9.6 km dan dengan pembukaan laluan sepanjang 6.4 km pada tengah malam ini serta 600 meter yang dibuka pada 25 Jun lalu, menjadikan jumlah jajaran yang sudah dibuka adalah sepanjang 7 km manakala bakinya 2.6km lagi dijadualkan siap pada Jun ini.
Kelebihan Raub ByPass
Pembukaan jajaran tersebut dapat memberi manfaat dengan menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) yang mengambil masa hanya 30 minit.
Projek LTU
Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) merupakan sebuah projek KKR membina jalan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala (4-lane dual carriageway) sepanjang hampir 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.
Diharapkan info raub bypass di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Raub ByPass: Lokasi & Peta Jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU (ecentral.my)