Niat Puasa Isnin Khamis & Kelebihannya

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Niat puasa sunat isnin khamis & kelebihannya

Lain: Doa Buka Puasa Bersendirian & Ramai (Panduan Lengkap Rumi)

Niat Puasa Isnin Khamis

Pelaksanaan puasa sunat ini dilakukan sama seperti puasa Ramadhan namun yang membezakannya adalah dari segi lafaz niat. 

Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut:

niat puasa sunat isnin

Maksudnya:Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala

Niat puasa sunat Khamis adalah seperti berikut:

niat puasa sunat khamis

Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah Taala

NOTA: Tiada masalah untuk berpuasa sunat jika tidak berniat sebelum waktu subuh selagi kita tidak makan dan minum, puasa sunat boleh dilakukan. 

Kelebihan Berpuasa Isnin Khamis

Terdapat banyak kelebihan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, antaranya ialah:

  • Mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW. 
  • Menyihatkan tubuh badan. 
  • Membantu mendidik nafsu. 
  • Melatih diri untuk berpuasa sebelum Ramadan tiba. 
  • Melahirkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan kepada Allah.
  • Menjimatkan wang 
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar. 
  • Menghindarkan diri daripada perbuatan dosa & maksiat. 

 Sabda Nabi SAW;

“Puasa adalah benteng yang menghalang seseorang daripada api neraka yang membara.”

“Setiap benda mempunyai zakat. Zakat jiwa itu adalah berpuasa. Puasa itu separuh daripada kesabaran.” – (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Diharapkan info di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Niat Puasa Isnin Khamis Beserta Kelebihannya (ecentral.my)