Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Niat Puasa Asyura (10 Muharam) & Tarikh JAKIM Terkini
Lain: Niat Puasa Isnin Khamis & Kelebihannya
Tarikh Puasa Asyura / Tasu’a 2024
Puasa sunat Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun, adalah lebih baik dilaksanakan selama dua hari berturut-turut sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram.
Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9 Muharam dan 10 Muharam di samping memperbanyak solat malam.
*Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Ia adalah berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari.
Namun begitu, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.
Bagi tahun 2024, tarikh puasa sunat bulan Muharram adalam seperti berikut:
- Puasa Tasu’a (9 Muharam 1446H) : 15 Julai 2024 – Isnin
- Puasa Asyura (10 Muharam 1446H) : 16 Julai 2024 – Selasa
- Puasa 11 Muharram 1446H : 17 Julai 2024 – Rabu
- Puasa 13, 14, 15 Muharam (Hari Putih) : 19, 20, 21 Julai 2024 – Jumaat, Sabtu, Ahad
NOTA: Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam atau pada 11 Muharam berserta dengan puasa hari ‘Asyura (10 Muharam) dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi. Namun, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.
Niat Puasa Asyura
i) Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Maksud:
Sahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.
ii) Niat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)
نَوَيْتُ صَوْم عَاشُورَاء سُنَّة لله تَعَالى
Nawaitu Sauma ‘Asyura Sunnata Lillahita’ala
Maksudnya : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”
Kelebihan Puasa Asyura, Muharam & Tasu’a
1) Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.
2) Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.
3) Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.
4) Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:
قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده
Maksudnya: Teks (Al-Minhaj) menyebut: “…dan (disunatkan berpuasa) Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.
5) Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.
6) Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam.
Wallahu’alam.
Diharapkan info puasa asyura di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Puasa Asyura 2024 (10 Muharam) – Niat & Tarikh JAKIM (ecentral.my)