Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tebuan Tanah : Kenali Jenis & Langkah Jika Disengat yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Kenali Tebuan Tanah dan Langkah Yang Perlu Diambil Jika Disengat
Berkaitan: Doktor Kongsikan Perkara Yang Perlu Dibuat Kalau Anak Kena Patuk Ular
Nama Saintifik Tebuan Tanah
Tebuan tanah yang dikenali dengan tubuh berwarna hitam atau perang dengan jalur kuning yang besar pada abdomen kedua, dikenali sebagai Greater Banded Hornet dalam bahasa Inggeris.
Nama saintifik bagi serangga yang digeruni ini adalah Vespa tropica. Selain di Malaysia, ia juga boleh dijumpai di negara sekitar Asia Utara termasuk China, India, Filipina dan Indonesia.
Tebuan yang bersaiz kira-kira 2.5cm hingga 3cm ini merupakan pemangsa bagi lebah madu dan sering menyerang sarang dan menjadikan larva lebah sebagai makanan.
Lokasi Sarang Tebuan
Sesuai dengan namanya, tebuan ini biasanya membina sarang di hutan khususnya di bawah tanah, atas pokok dan pada rongga pokok.
Apa Perlu Buat Jika Disengat Tebuan?
Orang ramai perlu tahu bagaimana untuk bertindak segera sekiranya disengat tebuan atau serangga berbisa.
Berdasarkan perkongsian daripada Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil :
- Tanggalkan pundi sengat menggunakan pengumpil atau penyepit.
- Basuh dengan air dan sabun atau cecair antiseptik
- Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan
- Bawa mangsa ke kecemasan dengan segera.
Langkah Berjaga-jaga
Selain itu, orang ramai juga disarankan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengelakkan serangan serangga berbisa termasuk tebuan.
Elakkan anak bermain dalam hutan. Sekiranya perlu masuk hutan :
- Elakkan meminum air tin berperisa manis
- Pastikan memakai baju lengan panjang, seluar panjang dan bertopi
- Elakkan menggunakan pakaian berwarna-warni kerana ia boleh menarik perhatian serangga
- Elakkan memakai minyak wangi atau bau-bauan
- Jangan mengibas kain atau baju untuk menghalau tebuan kerana pergerakan ini lebih menarik perhatian tebuan untuk menyerang.
- Jangan sesekali mengganggu habitat atau sarang tebuan.
Adalah penting untuk orang ramai berwaspada ketika keluar rumah dan memasuki hutan bagi mengelakkan serangan daripada serangga beracun seperti tebuan tanah.
Ikuti langkah pencegahan dan elakkan daripada mengganggu habitat haiwan serta serangga. Lakukan rawatan kecemasan segera dan bergegas ke hospital untuk pemeriksaan yang lebih rapi.
Sumber: Kenali Tebuan Tanah dan Langkah Yang Perlu Diambil Jika Disengat
