Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 ini adalah merupakan program bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai program bantuan Kasih Asnaf 3.0 ini.
Bantuan rakyat lain: Talian Whatsapp Op Bantu Seluruh Negara
Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0
Apa itu Program Prihatin Kasih Asnaf 3.0?
Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 adalah sebuah program bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama DBKL yang bertindak sebagai pemudahcara dalam pengagihan bantuan ini khususnya bagi golongan penjaja / peniaga pasar malam.
Inisiatif ini juga melibatkan penerima yang terjejas akibat pandemik seperti pemandu teksi, pengusaha & pemandu bas sekolah, oengusaha kantin, pengawal keselamatan, OKU dan guru KAFA.
Kadar Bantuan Kasih Asnaf 3.0
Sumbangan secara one-off sebanyak RM500.00 diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan berdasarkan kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.
Kaedah Bayaran
Sumbangan akan dibayar secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak. Penerima yang layak perlu membuat pendaftaran tuntutan melalui laman web Pendaftaran Tuntutan Kasih Asnaf 3.0.
Tarikh Permohonan Kasih Asnaf 3.0
Proses tuntutan boleh dilakukan mulai 19 JULAI 2021 sehingga 15 OGOS 2021.
Maklumat Lanjut Kasih Asnaf 3.0
Sebarang pertanyaan berhubung bantuan ini, boleh berhubung dengan Encik Danial dan Puan Atiqah melalui aplikasi whatsapp ditalian 011-5659 3734 pada jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang.
ATAU
Layari https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx untuk proses pendaftaran dan semakan status secara online.
Laman sosial rasmi
- DBKL : https://www.facebook.com/dbkl2u/
- Baitulmal MAIWP : https://www.facebook.com/baitulmal.wp/
- MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq/