in

Adakah Suntikan Vaksin Covid-19 Membatalkan Puasa? Ini Jawapan Mufti Kelantan

Bulan puasa bakal menjelang dan mungkin ada diantara anda tertanya-tanya adakah suntikan vaksin membatalkan puasa? Menurut akhbar Berita Harian, suntikan vaksin Covid-19 tidak membatalkan puasa seseorang individu.

“Mana-mana suntikan tidak membatalkan puasa kerana bukan melibatkan rongga terbuka” – Mufti Kelantan

Tambahan pula, sekiranya anda menjalani ujian pengesanan Covid-19 menerusi calitan pada hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa. Jika calitan tersebut sampai ke halkum barulah membatalkan puasa.

Dilaporkan sudah lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi untuk fasa pertama.