in

Fakta Anak Sulung Yang Perlu Anda Tahu

anak sulung

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai fakta anak sulung yang anda perlu tahu lebih-lebih lagi untuk para ibu bapa di luar sana.

Artikel berkaitan: Kepentingan Keluarga Bahagia Dan Harmoni

Anak Sulung

Berikut adalah maklumat mengenai anak sulung yang diambil dari laman Bidadari.

Fakta Anak Sulung

Berikut adalah senarai fakta anak sulung yang boleh anda kenali.

Garang & Tegas

Kebiasaannya anak sulung mempunyai sifat garang dan tegas, lebih-lebih lagi ke atas adik-adik. Sifat ini akan terus melekat dalam diri dan terbawa-bawa sehingga ke dalam rumah tangga dan di tempat kerja.

Dominan Dalam Hubungan, Pergaulan & Di Tempat Kerja

Apabila sudah menjadi garang dan tegas, secara tidak langsung sifat dominan akan muncul dalam diri anak sulung dan akan terbawa-bawa hingga ke hubungan, pergaulan dan di tempat kerja.

Lebih Matang Daripada Usia

Disebabkan oleh tanggungjawab anak sulung yang besar dalam keluarga, ianya menjadikan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang dan lebih matang dari rakan sebaya lain yang bukan anak sulung.

Penyayang

Anak sulung juga adalah seorang yang sangat penyayang. Hal ini kerana sejak kecil lagi mereka terpaksa membantu menjaga adik-adik dan sentiasa mengalah demi adik-adik.

Mudah Memaafkan

Anak sulung mungkin kelihatan garang dan tegas, tetapi mereka adalah seorang yang mudah memaafkan kerana hati yang sangat lembut.

Tidak Kedekut & Tidak Berkira

Disebabkan oleh sifat suka mengalah dengan adik beradik yang lain, anak sulung akan menjadi tidak kedekut dan tidak berkira. Mereka akan sudi berkongsi segalanya dengan adik beradik yang lain dan akan mengorbankan perasaaan sendiri.

Hati Lembut

Anak sulung, nampak sahaja garang dan tegas tapi hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Mereka jenis mudah mengeluarkan air mata.

Suka Memendam Perasaan

Anak sulung suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Itulah di antara pengorbanan paling besar seorang anak sulung.

Sumber: Bidadari