in ,

Anda Boleh Mula Mendaftar Untuk Menerima Vaksin Bermula Mac

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 akan dibuka untuk orang ramai bermula bulan Mac 2021 ini.

Proses pendafataran tersebut boleh dilakukan melalui beberapa cara, salah satunya adalah menerusi aplikasi MySejahtera sendiri.

Kerajaan turut akan menyediakan sebuah talian hotline, pendaftaran di klinik, hospital awam dan swasta, selain turut melalui kerjasama dengan kerajaan negeri untuk kawasan pendalaman.

Menurut Khairy Jamaluddin lagi, Perdana Menteri akan menjadi orang pertama yang akan menerima vaksin COVID-19 dari Pfizer kelak.

Sumber: BERNAMA