in ,

Ini Senarai Aplikasi Paling Banyak Makan Bateri Telefon Anda

cepat habis bateri

Pada zaman serba canggih ini, kita seringkali memasang pelbagai jenis aplikasi di telefon pintar untuk menyenangkan untuk melakukan pelbagai perkara seperti sosial media, perbankan, menonton video, menyunting gambar, dan banyak lagi.

Tips lain: Ini Cara Keluar WhatsApp Group Tanpa Disedari Ahli Lain

Dalam banyak-banyak aplikasi yang kita pasang, sebenarnya tanpa anda sedari, ada aplikasi yang secara diam-diam menggunakan kuasa bateri lebih tinggi berbanding aplikasi lain.

Ini secara tidak langsung menyebabkan bateri telefon pintar anda lebih cepat habis sehingga anda terpaksa untuk kerap mengecas peranti tersebut dalam sehari walaupun jarang digunakan.

Terdapat satu kaji selidik yang dijalankan oleh pCloud, sebuah laman analisis di mana aplikasi sosial tersenarai antara 20 aplikasi teratas yang paling banyak menggunakan kuasa peranti pintar. Aplikasi sosial tersebut adalah seperti Facebook, BIGO LIVE, Instagram, Tinder, Snapchat dan WhatsApp

Berikut merupakan senarai penuh aplikasi yang telah dikesan paling banyak menggunakan kuasa bateri hasil kajian oleh pCloud.

Untuk memudahkan anda menyemak aplikasi manakah paling banyak menggunakan kuasa bateri dalam peranti pintar anda, anda boleh masuk ke Setting telefon anda dan pergi ke bahagian Battery.

Sumber: wiser.my