Ayat 1000 Dinar (Kelebihan, Maksud, Hikmah, Bacaan Rumi)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai ayat 1000 dinar atau ayat seribu dinar seperti ayat 1000 dinar rumi dan jawi, kelebihan ayat seribu dinar, hikmah ayat 1000 dinar, maksud ayat 1000 dinar dan sebagainya.

Tips islam lain: Doa Bismillah 7 Serta Khasiat, Kelebihan, Bacaan Dalam Rumi

Ayat 1000 Dinar

Berikut adalah maklumat mengenai ayat seribu dinar.

Apa itu Ayat 1000 Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq ( At Talaq ) atau lebih dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Maksud Ayat 1000 Dinar

Berikut adalah maksud ayat seribu dinar untuk pengetahuan anda.

ayat seribu dinar

Ayat 1000 Dinar Rumi

Berikut adalah ayat seribu dinar rumi untuk panduan anda.

Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja.

Maksud: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu wa man yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu innallaha baalighu amrihi qad ja’alallahu likulli syai in qadra.

Maksud: Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Tafsiran Ayat 1000 Dinar

Dari Jiham, melalui Ayat 1000 Dinar juga, kita dapat lihat dua keadaan yang Allah akan berikan rezeki dan keluarkan kita dari kesusahan, iaitu dengan bertaqwa dan bertawakal.

Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintahNya dan menjauhi laranganNya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.

Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

“Barang siapa banya beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakani rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Hadis di atas sekaligus menjadi penguat tafsir Ayat 1000 Dinar.

Manakala, bertawakkal pula adalah menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah swt setelah kita berusaha. Jika melihat dari aspek rezeki, setelah kita berusaha bekerja untuk mencari rezeki, maka bertawakkallah kepada Allah. Ini kerana segala rezeki yang kita terima adalah dari Allah swt yang bersifat Ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki Rezeki).

Hikmah Ayat 1000 Dinar

Berikut adalah hikmah ayat seribu dinar atau kelebihan ayat 1000 dinar:

  1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/