Bantuan Insentif Ibu Bersalin KWKPK (IIB / BIB) RM450 akan diteruskan pada tahun 2021. Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat penuh tentang bantuan ini dan cara untuk anda membuat permohonan.
Bantuan rakyat lain: BKC : Bantuan Khas COVID 19 Kategori Miskin Tegar, B40 & M40
Bantuan Insentif Ibu Bersalin
Apa itu Bantuan Insentif Ibu Bersalin (BIB / IIB)?
YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.
Syarat Permohonan Bantuan Ibu Bersalin
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin bagi Permohonan Online
- Warganegara Malaysia;
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Peringatan
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;
- Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
- Permohonan ini hanya sah dalam tempoh masa setahun (1) dari tarikh memohon;
- Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual; dan
- Bagi ibu yang memohon sebelum bersalin, sila pastikan anda hantar Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi kepada pihak KWKPK melalui Edit Response Google Form selepas bersalin.
Cara Permohonan (Borang Manual & Online)
Cara memohon Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:
- Online melalui pautan Bantuan Ibu Bersalin Permohonan BIB
- Manual melalui Borang Permohonan BIB
Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:
- Boleh dimuat turun di pautan Borang Permohonan BIB
- Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)
Penghantaran Borang Permohonan Manual boleh dibuat melalui kaedah berikut:
Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)
Sekiranya butiran permohonan adalah TIDAK LENGKAP, dokumen TIDAK JELAS atau memohon berbanyak kali, KWKPK berhak menolak permohonan anda tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.
Alamat Surat-Menyurat:
Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Semakan Status Insentif Ibu Bersalin (IIB)
Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:
1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat); atau
2) E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com
Pertanyaan Insentif Ibu Bersalin
Untuk sebarang pertanyaan Bantuan Ibu Bersalin, boleh hubungi di alamat bawah ini:
Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II (MASJA II), Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak
Facebook: iSarawakCare (https://www.facebook.com/iSarawakCare)
Sumber: Harian Post