Bantuan Khas Covid atau Bantuan Khas Covid19 BKC telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan kelayakan BKC, bayaran Bantuan Khas Covid BKC untuk maklumat anda.
Senarai Bantuan Covid: PEMULIH: Intipati Senarai Bantuan Untuk B40, M40, & T20
Bantuan Khas COVID BKC
Apa itu Bantuan Khas COVID19 BKC?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Syarat Kelayakan BKC
Syarat kelayakan Bantuan Khas Covid atau kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
- Miskin tegar
- B40
- M40
Jumlah Bayaran BKC Yang Layak Diterima Mengikut Kategori
Jumlah bayaran Bantuan Khas Covid atau bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Miskin Tegar
- RM1,300 (Isi Rumah)
- RM500 (Bujang)
B40
- RM800 (Isi Rumah)
- RM200(Bujang)
M40
- RM250 (Isi Rumah)
- RM100 (Bujang)
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC)
Tarikh pembayaran BKC atau jadual BKC akan dibuat seperti berikut:
Kedah Pembayaran BKC
Pembayaran BKC dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Cara Permohonan BKC
Jika anda mencari cara mohon BKC, anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Rekod Percukaian (LHDNM)
Semakan Status BKC
Semak status BKC boleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) apabila tarikh rasmi diumumkan kelak.
- Layari portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Rujuk menu semakan untuk melibat status pembayaran.
Pertanyaan BKC
Untuk mendapatkan info terkini tentang bayaran BKC, sila rujuk Portal BPR dan Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19 di SINI.
Sumber: Harian Post