Semakan Kelulusan & Bayaran Bantuan Sabah Prihatin RM300 BSP

Kepada anda yang layak, anda boleh untuk membuat semakan kelulusan Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) COVID-19 seperti yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada 11 Jun 2021 yang lalu? Dalam artikel ini kami akan berikan info lanjut tentang Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0, BSP 2.0, BSP 1.0).

Bantuan rakyat lain: Cara Mohon Bantuan Kanak Kanak JKM RM150 Sehingga RM1000

Bantuan Sabah Prihatin BSP

Apakah BSP 3.0?

BSP 3.0 adalah satu bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665. BSP 3.0 adalah bantuan tambahan kepada RM238.36 juta yang sudah diagihkan menerusi BSP 1.0 dan BSP 2.0.

Siapa Penerima Yang Layak Menerima Bantuan Sabah Prihatin 3.0?

Golongan sasar seperti golongan miskin dan miskin tegar; e-Kasih; nelayan; petani; pekebun; penternak; anak yatim; orang tua; orang kelainan upaya (OKU); kanak-kanak; ibu tunggal; veteran ATM; pemandu bot, bas, lori dan teksi; usahawan mikro; penjaja kecil; pelajar; belia serta mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah antara yang layak mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Kerajaan negeri turut tidak ketinggalan memberikan bantuan kepada pemandu pelancong; penggiat seni; divemaster; malim gunung dan porter; termasuklah pengusaha pelancongan; hotel dan penginapan jelas menunjukkan ‘no one is left behind’.

Kaedah Bayaran BSP

Bayaran akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui 8 kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Cara Semakan Status Kelulusan BSP

Untuk membuat semakan, anda boleh melakukannya secara online (atas talian) sahaja. Cara semak status BSP kelulusan adalah seperti di bawah:

  1. Layari pautan https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod yang dipaparkan dalam ruang yang disediakan.
  3. Tekan butang Semak
  4. Status LULUS atau TIDAK LULUS atau TIDAK WUJUD akan dipaparkan. (Rujuk gambar di bawah).

Paparan status akan ditunjukkan seperti berikut:

Maklumat Lanjut BSP

Segala pertanyaan berkenaan dengan Bantuan COVID-19 boleh diajukan melalui laman web https://bkn-covid.sabah.gov.my/ atau Facebook Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah.

No telefon: 088 369430; E-mel: jkpbn.sbh@sabah.gov.my

Untuk makluman terkini berkenaan pengurusan bencana COVID-19 Negeri Sabah, sila kunjungi laman sesawang command.sabah.gov.my

Sumber: Harian Post