Biodata Nurin Afiqah, Pelakon Dan Penari Professional

Nurin Afiqah adalah antara pelakon yang membintangi drama bersiri TV3 popular berjudul Wifi Sebelah Rumah. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Nurin Afiqah dan fakta menarik Nurin Afiqah.

Biodata Menarik Lain: Biodata Caprice, Penyanyi Rap Dan Penceramah Motivasi

Biodata Nurin Afiqah

  • Pemilik nama penuh Nurin Afiqah Zulkifli. 
  • Lebih dikenali sebagai Nurin Afiqah. 
  • Berumur 24 tahun (2020). 
  • Kelahiran Selangor. 
  • Berkelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon. 
  • Turut berkhidmat sebagai jurulatih zumba sejak empat tahun lalu, selain mengusahakan bisnes fesyen dan makanan. 
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @nurinafiqaaah sehingga kini mengumpul lebih 400,000 pengikut.

Fakta Menarik Nurin Afiqah

  • Lebih selesa disapa Nurin. 
  • Pernah menjadi bualan sensasi di laman Twitter pada Ogos 2019 selepas videonya menari zumba di koc Transit Aliran Masa (MRT) menjadi tular. 
  • Videonya melakukan ‘Bottlecap Challenge’ pada Julai 2019 turut tular sekaligus meraih perhatian meluas. 
  • Pernah dihina dan menjadi mangsa buli di sekolah sehingga pusat pengajian tinggi gara-gara ketidaksempurnaan gigi hadapannya suatu ketika dahulu. 
  • Malah, angkara kekurangan dalam aspek rupa paras, sekumpulan pelajar di sekolahnya sanggup menubuhkan ‘Kelab Anti Nurin’ yang menentang dirinya.

Sumber: iluminasi.com