Borang EA Terkini : Borang Cukai Pekerja E-Filing LHDN

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Borang EA atau Borang Cukai Pekerja E-Filing LHDN yang perlu anda tahu yang dikongsikan oleh laman Borang EA 2024: Borang Cukai Pekerja E-Filing LHDN (ecentral.my)

Lain: e-Filing : Cara Daftar Cukai LHDN

Apa itu Borang EA?

Borang EA ialah penyata imbuhan tahunan yang diperlukan untuk pemfailan cukai pendapatan dan berfungsi sebagai ringkasan pendapatan tahunan pekerja yang diterima daripada majikan mereka.

Borang EA diedarkan kepada pekerja untuk tujuan pemfailan cukai individu dan ia mengandungi maklumat berkaitan gaji, bonus, komisen, faedah, elaun, potongan cukai bulanan (PCB LHDN) dan caruman KWSP.

Borang ini juga memiliki maklumat berkenaan manfaat-manfaat lain yang disediakan oleh majikan kepada pekerja.

Maklumat dalam Borang EA

Secara umumnya, borang ini mengandungi maklumat-maklumat berikut untuk setiap individu atau pekerja:

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan / nombor pasport
  • Jawatan dalam syarikat
  • Tarikh bekerja dan meletak jawatan (jika berkenaan)
  • Status perkahwinan
  • Bilangan kanak-kanak (jika berkenaan)
  • Nombor KWSP
  • nombor PERKESO
  • Nombor pendaftaran cukai pendapatan

Borang ini juga mestilah mengandungi maklumat mengenai Amaun caruman PCB, KWSP, PERKESO dan EIS yang ditolak daripada gaji pekerja setiap bulan.

Format Borang EA

Bagi yang pertama kali memfailkan cukai, berikut merupakan format borang EA ini:

borang ea

Format borang terkini boleh dimuat turun melalui pautan https://www.hasil.gov.my/media/forms/upload/form_ba8e92ba-1235-427e-addf-e57a7b027ba9/dbe5401e-1f7e-423a-8a33-44ef94536b99/borang_ea__c.p.8a_-pin._2023.pdf

Sumber: Borang EA 2024: Borang Cukai Pekerja E-Filing LHDN (ecentral.my)