Bantuan Ibu Tunggal: Cara Daftar & Isi Borang Profiling JPW

Pengisian Borang Profiling Ibu Tunggal penting untuk penyelarasan inisiatif & bantuan JPW.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sedang mengumpul maklumat Ibu Tunggal untuk menyelaraskan inisiatif dan program yang sesuai untuk membantu Ibu Tunggal menerusi bantuan Ibu Tunggal.

Bantuan Rakyat lain: PEMULIH: Intipati Senarai Bantuan Untuk B40, M40, & T20

Bantuan Ibu Tunggal

Pengisian Borang Profiling Ibu Tunggal (JPW)

Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu, skim Bantuan Khas Ibu Tunggal telah disalurkan sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Namun begitu, bagi tahun ini, pelaksanaan bantuan ini masih belum diumumkan. Namun, anda digalakkan untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal melalui pautan Google Docs Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mendapatkan update terkini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan bantuan yang sistematik bagi golongan ini.

Cara Isi Borang Profiling Ibu Tunggal

Sila layari pautan ini untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal : https://forms.gle/2L2wn7wqhCSzBdpB6

bantuan ibu tunggal

Tarikh Akhir Pengisian Borang Profiling Ibu Tunggal

Tarikh akhir bagi menghantar dan mengisi borang ini adalah pada 5 Julai 2021.

Bagi permohonan secara manual, pertanyaan boleh diajukan melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Pertanyaan Bantuan Ibu Tunggal

Untuk info terkini tentang bantuan ini nanti, ia akan dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM dan Jabatan Pembangunan Wanita jika permohonan akan dibuka semula buat tahun berikutnya beserta lain-lain aktiviti yang diadakan untuk pembangunan wanita.

Sila follow:

Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat infojpw@jpw.gov.my

Sumber: Harian Post