in

BPR Tambahan: Semakan Bayaran & Jumlah Setiap Kategori

bpr tambahan

Hari ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa bayaran BPR Tambahan akan dikreditkan ke akaun mulai 29 Jun 2021 (Selasa). Semakan status bayaran BPR Tambahan oleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat secara atas talian. Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan BPR 2021 seperti di bawah.

Bantuan lain: Cara Mohon i-Citra Pengeluaran KWSP Mulai 15 Julai 2021

BPR Tambahan

Apa itu BPR Tambahan?

Kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0. RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Ia adalah bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pandemik ini.

Jumlah Bayaran BPR Tambahan 2021

Jumlah bayaran yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

Untuk makluman juga, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September nanti.

bayaran bpr tambahan

Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021 (Selasa). Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang masih berlangsung.

Cara Semakan BPR Tambahan

Tarikh membuat semakan status adalah mulai 29 Jun 2021. Cara semakan status bayaran adalah melalui Portal BPR seperti berikut:

  1. Layari portal Bantuan Prihatin Rakyat di pautan https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk dengan mengisikan ID dan kata laluan.
  3. Semak status bayaran pada menu yang tersedia.

Gagal Kredit / Pembayaran Tunai BPR

Bagi penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit, pembayaran tunai boleh dituntut di BSN dengan membawa kad pengenalan ketika hadir ke kaunter. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja boleh mewakilkan penerima bagi penunaian ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BSN di talian 1300-88-1900.

pembayaran tunai bpr

Pertanyaan BPR Tambahan

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info terkini melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat di pautan https://bpr.hasil.gov.my/

ATAU

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

ATAU

Rujuk FAQ di bawah ini:

bpr tambahan
bpr tambahan
bpr tambahan

Sumber: Harian Post