Buah Tin : Khasiat & Fakta Kandungan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Buah Tin : jenis, fakta, khasiat & kehebatan yang perlu anda tahu.

Lain: Bahagian Ayam & Kalori Setiap Potongan

Apa itu buah tin?

Buah tin (Ficus carica) adalah salah satu tumbuhan pertama yang ditanam oleh manusia.

Menurut sejarah, dikatakan buah ini sudah menjangkau usia sekurang-kurangnya 11,000 tahun ketika zaman Mesopotamia di kawasan yang kini dikenali sebagai Timur Tengah.

Jenis Buah Tin

Berikut adalah jenis-jenis buah tin yang perlu anda tahu:

  • Adriatic: Mempunyai kulit hijau muda dan merah muda di bahagian dalamnya.
  • Black Mission: Berwarna ungu kehitaman di luar dan merah muda di bahagian dalamnya. Ia memiliki saiz yang kecil dengan isi yang berwarna merah muda.
  • Kadota: Berwarna hijau dengan isi berwarna ungu. Isinya sangat halus dan manis. Ia disebut-sebut sebagai buah yang paling enak dan manis.
  • Brown Turkey: Mempunyai kulit berwarna ungu dan isi merah. Rasanya lebih ringan dan kurang manis berbanding yang lain.
  • Calimyrna: Mempunyai warna kuning kehijaunan di bahagian luar dan merah muda di bahagian dalamnya. Ia memiliki saiz yang lebih besar berbanding jenis yang lain.

Fakta kandungan nutrisi buah tin

Setiap 100 gram kandungan buah tin mengandungi nutrisi seperti berikut:

  • Air: 79.1 g
  • Tenaga: 74 kcal
  • Protein: 0.75 g
  • Jumlah lemak: 0.3 g
  • Karbohidrat: 19.2 g
  • Serat: 2.9 g
  • Jumlah gula: 16.3 g
  • Kalsium: 35 mg
  • Zat besi: 0.37 mg
  • Magnesium: 17 mg
  • Fosforus: 14 mg
  • Kalium: 232 mg
  • Natrium: 1 mg
  • Zink: 0.15 mg
  • Kuprum: 0.07 mg
  • Mangan: 0.128 mg
  • Vitamin C: 2 mg
  • Vitamin E: 0.11 mg
  • Vitamin A: 7 µg
  • Vitamin K: 4.7 µg
  • Kolin: 4.7 mg
  • Selenium: 0.2 µg

Khasiat buah tin

Berikut adalah manfaat buah tin:

  1. Sumber yang kaya dengan nutrien
  2. Serat untuk meningkatkan pencernaan
  3. Penurunan kolesterol
  4. Menyokong kesihatan jantung
  5. Pengurangan risiko kanser
  6. Menyokong kesihatan kulit
  7. Menurunkan risiko diabetes
  8. Meningkatkan fungsi otak
  9. Kesihatan tulang yang lebih baik
  10. Anti-penuaan

Kehebatan buah tin menurut Islam

Allah SWT berfirman dalam surah at-Tiin, ayat 1 hingga 4 yang bermaksud:

“Demi buah Tin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, serta negeri (Mekah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tiin: 1-4).

Kehebatan dan kemuliaan buah ini mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam Islam seperti mana kurma dan makanan sunnah yang lain.

Diharapkan info buah tin diatas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Buah Tin: 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki & Wanita (ecentral.my)