in ,

Caprice Bakal Lancar App JustSolat.com, Ini Fungsi Menarik Untuk Anda

Caprice menerusi laman instagram beliau berkongsikan maklumat bahawa beliau merancang untuk melancarkan aplikasi terbaru yang berkonsepkan gaya hidup Muslim dengan nama JustSolat.com. Aplikasi ini adalah lebih kurang sama seperti aplikasi The Noor yang dilancarkan oleh Neelofa.

Caprice turut berkongsi ciri-ciri yang terdapat dalam JustSolat.com dan cara untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Seperti kebanyakkan aplikasi gaya hidup Muslim lain, aplikasi ini menyertakan info waktu solat mengikut lokasi anda berada, laungan azan ketika masuk waktu solat dan petunjuk arah kibat.

Apa yang menariknya, aplikasi ini siap boleh mengajar anda cara untuk solat daripada mula hinggalah akhir. Buat masa ini, Caprice belum lagi memberikan sebarang kata putus mengenai tarikh perlancaran JustSolat.com. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: ohmedia.my