Cara Buat Duit Online Guna Aplikasi 2024 Terkini

Pada zaman 2024, kita digalakkan untuk mencari pendapatan sampingan untuk dijadikan sebagai penyelamat sekiranya kehilangan pendapatan utama. Sebenarnya terdapat beberapa cara buat duit online dengan hanya menggunakan smartphone anda sahaja dengan memuat turun beberapa aplikasi dan melakukan beberapa tugasan.

Cara yang bakal ditunjukkan ini adalah cara buat duit tanpa modal. Jika ada modal sekalipun, ianya mungkin modal dari segi caj telefon dan bil internet yang sememangnya menjadi keperluan seharian pada tahun 2024 ini.

Cara buat duit online ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira lokasi anda berada. Kami cadangkan untuk anda ikuti cara buat duit dari rumah sambil berehat selepas kepenatan bekerja.

Cara Buat Duit Online

Berikut merupakan beberapa aplikasi yang boleh anda muat turun dan mula buat duit secara online. Anda mungkin terima duit sebenar dan juga perolehi hadiah dalam bentuk baucer atau point.

Jawab Survey YouGOV

buat duit jawab survey

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan cara buat duit dari jawab survey mudah sebenarnya. Seperti laman ini yang dikenali sebagai YouGOV https://my.yougov.com/ yang memberikan anda point setelah anda menjawab survey mengikut panjang survey tersebut. Cukup nilai minimum tebusan, anda boleh pilih hadiah yang disediakan termasuk wang tunai dalam nilai SGD.

Survey boleh dilakukan dari laman web https://my.yougov.com/ ataupun menerusi aplikasi. Aplikasi ini daripada Singapore.

JAG

buat duit online jag

Aplikasi JAG ini memerlukan anda untuk buat tugasan yang diminta seperti kongsikan artikel, mencuba sesuatu aplikasi, menangkap gambar dan sebagainya. Bayaran yang diberikan bergantung kepada tugasan tersebut dan ianya boleh dibayar sehingga RM20 untuk satu tugasan.

JAG ini sesuai untuk penggemar Facebook, Instagram dan WhatsApp dan tidak mustahil untuk anda dapatkan beratus-ratus ringgit sebulan. Anda boleh buat duit online dari JAG menerusi laman web mereka https://my.jagreward.com/ atau dari aplikasi yang boleh dimuat turun dari app store smartphone anda.

Cashzine

cashzine

Aplikasi seterusnya untuk cara buat duit online mudah adalah menerusi aplikasi Cashzine di mana anda boleh dapatkan duit dengan hanya membaca artikel sahaja. Untuk peroleh lebih duit anda boleh share artikel tersebut supaya ramai orang turut baca. Untuk mula buat duit online, anda boleh muat turun aplikasi Cashzine ini dari app store atau di http://www.cashzine.net/.

Sumber: Aiman Abdullah