Cara Buat Tuntutan PERKESO Sekiranya Anda Terlibat Dalam Kemalangan

Tahukah anda bahawa sekiranya anda mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi ke tempat kerja atau balik dari tempat kerja, anda boleh membuat tuntutan dari PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) atau nama lain SOCSO (Social Security Organisation)? Bagaimanakah caranya?

Terdapat satu perkongsian dari Facebook Muhammad Firdaus dimana beliau menceritakan pengalaman beliau yang mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Orang yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan tersebut pergi meninggalkan beliau dengan begitu sahaja.

Kemalangan

Beberapa minggu selepas itu, beliau berkongsikan panduan bagaimana untuk membuat tuntuan dari PERKESO.

Cara Buat Tuntutan PERKESO Sekiranya Anda Terlibat Dalam Kemalangan

1. Buat Laporan Polis

Walaupun sakit, segera buat report polis. Ini penting, sebab laporan polis merupakan salah satu dokumen wajib utk submit claim anda. Buat laporan dalam tempoh 24 jam ya. Kalau tidak nanti kena denda, kurang lah duit claim anda

2. Medical Certificate (MC)

Simpan MC anda elok-elok. Utk claim, PERKESO memerlukan slip MC yg asal. Kalau salinan tak diterima ya.

3. Penyata Bank

Untuk claim ni, PERKESO ada pilihan bank sendiri. Antaranya Maybank, CIMB, Public Bank, Hong Leong, BSN, Bank Islam, Ambank dan ada beberapa lagi yg saya tak ingat. Utk memudahkan & mempercepatkan urusan claim, bagi penyata akaun anda dengan senarai bank-bank tadi.

4. Salinan IC, Kehadiran (Attendance) dan Slip Gaji

Salinan IC dan laporan kehadiran mesti lah disahkan terlebih dahulu oleh bos anda sebelum dihantar ke PERKESO. Slip gaji pula kena ada utk 6 bulan (latest).

5. Peta

Buat peta ringkas perjalanan anda ke / pulang dari tempat kerja. letakkan anak panah menunjukkan arah perjalanan. Label tempat anda kemalangan. Buat mcm peta orang kahwin je kalau nak senang.

6. Lengkapkan Borang 34 PERKESO

Borang 34 adalah borang yg perlu dilengkapkan dan dihantar bersama dengan 6 lagi dokumen di atas. Taip je “Borang 34 PERKESO” di internet, terus keluar. Lengkapkan bahagian A, C, D, H dan J.

Bila dah lengkap semua dokumen ni, serahkan ke HR anda utk pengesahan. Lepas HR dah sign, boleh submit ke PERKESO berhampiran anda, tujukan ke Bahagian Faedah. Sebolehnya, call dulu PERKESO dan tanya nak submit ke mana. Sebabnya ada terjadi borang tuntutan tak sampai ke Bahagian Faedah. Bila borang hilang, PERKESO tak terima salinan dokumen. Jangan lewatkan tuntutan ya gais. Tempoh tuntutan ni valid utk 2 minggu je. Kalau tak nanti siap dapat surat amaran lagi Duit dikreditkan ke dalam akaun saya 3 hari lepas saya hantar. Efisien betul PERKESO ni

Cara Claim PERKESO Sekiranya Kemalangan

Semoga perkongsian beliau sedikit sebanyak dapat membantu urusan anda dalam menuntut PERKESO sewaktu diperlukan.

Sumber: Muhammad Firdaus

Leave a Comment