Dalam artikel ini kami akan kongsikan Panduan cara daftar cukai LHDN untuk e-Filing 2024 terkini. Cara dapatkan no pin mytax hasil serta rebat cukai & jenis taksiran disediakan.
Menarik: Senarai Lokasi Coin Deposit Machine Di Seluruh Negeri
Cara Daftar Cukai LHDN
Berikut adalah maklumat mengenai cara daftar cukai LHDN yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/cara-daftar-cukai-lhdn/
e-Filing 2024
Berikut adalah panduan mengenai efiling 2024
Siapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN
Seseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang :
- Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
- Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
- Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
- Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
- Individu yang menjual/membeli hartanah
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
- Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
- Lapor Pendapatan Tahunan
- Bayar Cukai Pendapatan
Nak declare income tax perlu submit borang cukai B atau BE.
Berikut dikongsikan cara untuk daftar LHDN terlebih dahulu.
LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
Kena ada nombor cukai pendapatan. Kalau tak tahu boleh semak dahulu.
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
i) PENDAFTARAN ONLINE
- dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
ii) PENDAFTARAN MANUAL
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
- Manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut
- Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)
- Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
- Penyata pendapatan/slip gaji
LANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL
Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:
- Mendapatkan nombor PIN melalui :
- Dalam talian menerusi Maklum Balas Pelanggan HASiL, https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/ atau
- Cawangan HASiL yang berdekatan.
- Melampirkan dokumen berikut dalam permohonan :
- Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
- Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.
LANGKAH 3 : WUJUDKAN KATA LALUAN E-FILING
Sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my
Pengaktifan akaun MyTax adalah lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.
Info tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.
PANDUAN NAVIGASI PORTAL MYTAX
SILA RUJUK MANUAL PENGGUNA MYTAX DALAM LAMPIRAN DI BAWAH :
https://mytax.hasil.gov.my/ezHasil
Rebat Cukai
Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.
No | Rebat Cukai | Tahun Taksiran 2001 – 2008(RM) | Tahun Taksiran 2009 & Seterusnya(RM) |
a | Taksiran Berasingan Isteri Suami | – 350 350 | – 400 400 |
b | Taksiran Bersama Isteri Suami | – 350 350 | – 400 400 |
Jumlah | 700 | 800 | |
b | Taksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan Isteri Suami | –350 350 | –400 400 |
Jumlah | 700 | 800 |
Lain-Lain Rebat Cukai
No | Rebat Cukai | (RM) |
a | Zakat/Fitrah | Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan |
b | Levi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011) | Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan |
c | Levi pelepasan bagi perjalanan umrah/perjalanan tujuan bagi keagamaan agama lainTerhad kepada 2 kali perjalanan | Kelas PenerbanganASEAN [RM]ASEAN [RM]Selain ASEAN [RM]Ekonomi820Selain Ekonomi50150 |
Jenis Taksiran
Berikut adalah pilihan jenis taksiran bagi individu:
- Diri Sendiri : bagi individu berstatus bujang / janda / balu / duda / individu berkahwin yang pasangannya tiada punca pendapatan
- Berasingan : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir berasingan
Bersama Atas Nama Suami / Isteri : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir bersama.
Taksiran Bersama boleh dipilih sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi :
- Suami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas dan tidak berhenti tinggal bersama dalam tahun asas tersebut;
- Mempunyai jumlah pendapatan untuk diagregatkan dengan jumlah pendapatan suami / isteri;
- Suami / isteri yang memilih taksiran bersama mesti warganegara Malaysia, jika tidak bermastautin;
- Pengagregatan jumlah pendapatan hanya boleh dibuat dengan seorang isteri sahaja.
Bagi penjelasan cara pengiraan cukai, semakan boleh dibuat di pautan di bawah:
Ketetapan Umum No. 6/2018 : Percukaian Individu Bermastautin Bahagian III – Pengiraan Cukai Pendapatan Dan Cukai Kena Bayar.
Sumber: https://ecentral.my/cara-daftar-cukai-lhdn/