Berikutan dengan pengenalan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara oleh kerajaan Malaysia, salah satu inisiatif kerajaan adalah dengan pemberian kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.
Inisiatif ini akan bermula pada bulan Julai 2020 yang akan memanfaatkan sejumlah 15 juta rakyat Malaysia. Mungkin ada diantara anda yang masih mencari-cari cara untuk mendaftar eWallet untuk menebus RM50 tersebut bukan? Di bawah ini kami akan berikan tutorial mudah.
Cara Tebus RM50 EPenjana
Melalui pengumuman terbaru dari kerajaan Malaysia (berdasarkan Sidang Media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri), pengguna yang download dan install applikasi MySejahtera sahaja akan diberikan bantuan ETunai Rakyat atau EWallet RM50. Ini adalah seperti yang diumumkan dalam Pelan Penjana tempoh hari.
Terkini pada kemaskini 30 Julai 2020, secara rasminya kredit ePenjana RM50 boleh ditebus bermula 31 Julai sehingga 24 September 2020, dan perlu digunakan sebelum 30 September 2020. Pengguna boleh memohon kredit melalui hanya salah satu dompet digital Boost, GrabPay atau Touch ’n Go eWallet.
Pengguna perlu memuat-turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar menggunakannya, serta menggunakan nama yang sama (seperti kad pengenalan) pada dompet digital untuk menebus kredit berkenaan.
Sedang mencari mana satu dompet digital terbaik untuk terima RM50 E-Penjana selepas download dan install MySejahtera? Public Health Malaysia menyediakan perbandingan untuk anda memilih supaya anda mendapat promosi sampingan yang lebih bermanfaat. Dibawah adalah carta EWallet EPenjana mengikut pendapat mereka:
- Boost
- GrabPay
- Touch ’n Go eWallet
Aplikasi MySejahtera
Pengelanan aplikasi MySejahtera oleh pihak kerajaan adalah salah satu usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kerajaan Malaysia mengalakkan anda untuk memasang aplikasi ini kerana ianya memberikan kemudahan seperti:
- Membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19.
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya dijangkiti COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Cara Download Dan Install Aplikasi MySejahtera
Bagi pengguna Android, anda boleh mendapatkan aplikasi MySejahtera di Google Play, manakala untuk pengguna Apple iOS, anda boleh dapati aplikasi MySejahtera di Apple App Store. Untuk pengguna telefon Huawei yang ketiadaan Google Play, anda boleh dapatkan aplikasi MySejahtera di AppGallery.
Bagi yang pertama kali memasang aplikasi ini, anda boleh lihat video di bawah ini untuk mengetahui cara mendaftar akaun di MySejahtera.