Anda berminat untuk bekerja sebagai rider Foodpanda tapi tidak tahu caranya? Dalam artikel ini kami akan sediakan sebanyak mungkin maklumat mengenai Foodpanda rider seperti cara daftar food panda rider, kelebihan rider foodpanda, gaji rider foodpanda, lokasi rider foodpanda yang banyak permintaan dan sebagainya.
Tips lain: Ini Cara Keluar WhatsApp Group Tanpa Disedari Ahli Lain
Cara Daftar Foodpanda Rider
Apa itu Foodpanda?
Apa itu food panda? Foodpanda merupakan servis penghantaran makanan yang berasal dari Jerman, dan kini beroperasi di 40 buah negara dan wilayah.
Servis ini membenarkan pengguna untuk memilih makanan dari mana-mana restoran tempatan di dalam negara dan membuat pesanan dari aplikasi di telefon bimbit selain daripada di laman web rasmi foodpanda.
Kemudian, foodpanda akan menghantar makanan anda ke destinasi di mana anda berada menggunakan krew penunggang penghantaran (delivery riders).
Cara Daftar Food Panda Rider Online
Anda yang berminat untuk jadi krew rider foodpanda perlulah mendaftar dahulu untuk membuat akaun yang baru di laman web foodpanda. Ikuti langkah berikut:
- Google foodpanda Malaysia
- Atau terus pergi ke website www.foodpanda.my
- Scroll mouse anda ke butang APPLY NOW di ruangan “Join our delivery team!” .Tekan butang tersebut.
- Pada laman seterusnya, di ruangan Pilih bandar anda, pilih bandar tempat anda menetap dan mudah untuk menjalankan servis anda sebagai rider.
- Di ruangan Your vehicle, pilih jenis penghantaran anda, sama ada menggunakan motosikal atau anda sekadar berjalan kaki.
- Tekan butang MOHON SEKARANG.
- Sebuah kotak maklumat akan keluar yang mengandungi ruangan untuk mengisi maklumat peribadi anda.
- Di bahagian Nama, masukkan nama pertama anda.
- Di bahagian Nama bapa, masukkan nama keluarga anda bagi yang bukan beragama Islam.
- Bagi yang beragama Islam, anda boleh masukkan dua perkataan terawal dalam nama anda. Misalnya, untuk Muhammad Akmal, masukkan Muhammad di ruangan Nama, manakala Akmal di ruangan Nama bapa.
- Masukkan nombor telefon anda di ruangan Telefon bimbit.
- Masukkan emel anda di ruangan Emel.
- Tandakan Ya pada soalan “Adakah anda berumur 18 tahun dan ke atas mengikuti kad pengenalan anda?”. Anda tidak dibenarkan menjadi rider sekiranya umur anda kurang daripada 18 tahun.
- Pilih bahasa pilihan anda di ruangan “Bahasa manakah pilihan anda?”
- Pilih Ya untuk soalan “Adakah anda seorang warganegara Malaysia?” .Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan menjadi rider foodpanda di Malaysia.
- Pilih Ya untuk soalan “Adakah anda mempunyai lesen motosikal yang sah (Lesen P ke atas)?”. Penunggang yang masih mempunyai L tidak boleh menjadi rider.
- Tekan butang Hantar.
Anda akan menerima SMS daripada foodpanda meminta anda untuk hadir ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas. Akan ada juga sesi praktikal dengan pekerja senior mengenai bagaimana untuk mengendalikan pesanan dan penghantaran.
Sekiranya tiada masalah, anda boleh menjadi rider foodpanda. Pada hujung sesi praktikal, anda boleh mendaftar dan mendapatkan ID dan kata laluan untuk aplikasi foodpanda. Anda juga akan mendapatkan peralatan foodpanda seperti baju rasmi, beg thermos dan beg foodpanda.
Kebaikan Rider Foodpanda
- Fleksibiliti masa, di mana anda boleh memilih jadual bekerja anda untuk satu hari, sama ada mungkin syif tengah malam sahaja untuk satu hari.
- Dapat banyak pengalaman baru (hantar makanan ke pelbagai jenis lokasi berbeza, dari kawasan flat sehinggalah ke pejabat dan kondo mewah)
- Bonding yang kuat antara rider
- Banyak program dianjur khas untuk rider
- Wujud program khas bersama komuniti seperi Ride Amal
Gaji Rider Foodpanda
Gaji rider foodpanda dibayar secara mingguan, setiap hari Selasa. Pada mulanya, gaji seorang rider adalah sebanyak RM5 sehingga RM6 sejam.
Cukup 3 bulan bekerja, gaji meningkat dari RM6 sehingga RM7 sejam. Apabila cukup 6 bulan bekerja, gaji akan meningkat dari RM 7.50 sehingga RM 8.50 sejam. Dalam setiap delivery, terdapat juga tips sebanyak RM3.
Lokasi Rider Foodpanda Yang Banyak Permintaan
Jika mahu jadi rider Food panda, cubalah kerja di kawasan ini.
- Shah Alam
- Kuala Lumpur (KL)
- Penang
- Johor Bahru
- Ipoh
- Melaka
Sumber: Therohani