Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara share kredit digi guna sms atau app MyDigi atau Talktime Transfer dengan mudah melibatkan prepaid atau postpaid.
Tips lain: Antara Sebab Kenapa Aircond Keluar Air
Berikut adalah cara share kredit digi atau cara kongsi digi ke digi dengan mudah.
Tahukah bahawa anda boleh lakukan cara share kredit digi secara online menggunakan applikasi MyDigi dengan fungsi Digi Share. Berikut adalah caranya yang memerlukan telefon pintar atau smartphone:
- Pastikan anda telah muat turun aplikasi MyDigi. Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigi di Google Play Storebagi pengguna Android, atau di App Store bagi pengguna iOS.
- Login akaun anda ke aplikasi MyDigi.
- Kemudian, pada menu, klik Digi Share.
- Seterusnya, pilih nombor penerima. Sekiranya nombor penerima kredit ini tiada dalam senarai, tekan butang “+”untuk menambah nombor penerima kredit.
- Masukkan nama serta nombor telefon penerima kredit. Kemudian, klik untuk menyimpan nombor.
- Pilih jumlah kredit yang ingin dipindahkan kepada penerima kredit Digi.
- Seterusnya, masukkan alamat emel dan klik butang isi semula.
Cara share kredit digi guna app MyDigi ini tidak boleh dilakukan sekiranya pengguna menggunakan plan prabayar seperti Prepaid Easy, Prepaid LiVE, Prepaid Smart Plan atau Smart Prepaid, kerana perkhidmatan Talktime Transfer tidak dibenarkan.
Untuk memeriksa jenis plan yang anda gunakan:
- Dail *128#, dan tekan butang Call.
- Kemudian, pilih My Account.
- Pilih Call Plan untuk mengetahui jenis plan yang anda langgan.
Anda juga boleh ketahui cara share kredit digi guna sms jika anda tiada smartphone. Caranya mudah sahaja:
- Pada telefon anda, dail *128#, dan tekan butang Call.
- Menu akan terpapar. Pilih My Account.
- Kemudian, pilih Talktime Services.
- Seterusnya, tekan butang 1 untuk Talktime Transfer.
- Pada manu seterusnya, pilih Transfer Option.
- Terdapat beberapa pilihan untuk anda tekan, iaitu:
- RM3 (sah untuk dua hari)
- RM5 (sah untuk 2 hari)
- RM15 (sah untuk 5 hari)
- RM25 (sah untuk 7 hari)
- Setelah pilih, masukkan nombor telefon penerima kredit.
- Kemudian, tekan butang Send.
- Share kredit anda berjaya. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50, manakala penerima kredit akan dikenakan caj sebanyak RM0.25.
Cara di atas ini boleh digunakan untuk pengguna prepaid dan postpaid.
Sumber: Therohani