Cara Tambah Lokasi Kedai / Bisnes / Perniagaan Di Google Map

Jika anda baru mulakan perniagaan atau membuka kedai yang menawarkan servis kecil-kecilan dropship, atau berniaga dari rumah, anda boleh ikuti artikel ini untuk cara tambah lokasi kedai atau cara tambah lokasi perniagaan di Google Maps.

Cara Tambah Lokasi Perniagaan / Kedai Online Di Google Map

Untuk tutorial di bawah ini, anda boleh gunakan mobile device (tablet / handphone) atau laptop / PC untuk tambah lokasi (add location) kedai / premis perniagaan / rumah anda di Google Map.

Rujuk langkah di bawah:

  1. Buka Google Maps : www.google.com/maps
  2. Tekan ikon Contribute.
  3. Kemudian pilih ikon Add Place.
  4. Isikan maklumat perniagaan anda dengan lengkap.
  5. Lokasi perniagaan anda akan ditandakan. Semak maklumat yang dipaparkan.
  6. Selesai.

Cara Tambah Lokasi Kedai Online Di Google Map

RUJUK PANDUAN BERGAMBAR DI BAWAH:

  1. Buka Google Maps dulu.
  2. Nanti akan keluar Maps macam dekat bawah ni.
cara tambah lokasi kedai di google map

Tekan butang Contribute seperti yang ditandakan di atas tu. Kemudian tekan butang Add Place.

cara tambah lokasi kedai di google map

Nanti akan keluar paparan ini untuk kita isikan segala maklumat tentang perniagaan kita.

cara tambah lokasi kedai di google map

Antara fungsi dan info yang boleh ditambah ialah:

  • Alamat penuh dan nama kedai di Google Maps untuk mudah orang cari.
  • Tambah sekali waktu buka dan tutup kedai dan hari bekerja
  • Penting untuk tambah nombor telefon
  • Kalau ada boleh juga tambah laman web atau page Facebook kedai anda.
  • Bagus juga kalau boleh tambah gambar kedai atau premis anda jika berkaitan.
cara tambah lokasi kedai di google map

Kesemua info yang ditambahkan tadi akan dipaparkan jika seseorang menekan pada tanda pin pada kedai anda tadi.

cara tambah lokasi kedai di google map

Dengan penambahan semua info di atas secara automatik kedai anda akan lebih mudah di akses dan dicari di Google. Selain itu, orang lain juga boleh review kedai anda. Jadi penting untuk jaga kualiti atau servis dengan lebih baik dan berkualiti.

Sumber: Harian Post