Check Number Phone & Check No Scammer (Cek Scammer)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara cek no scammer atau check phone number malaysia dan semak no tel scammer untuk ketahui status nombor telefon.

Artikel lain: Cara Check Scammer Online

Cek Scammer

Berikut adalah cara semak daftar nombor telefon atau cara untuk semak daftar nombor telefon panggilan yang tidak dikenali menggunakan aplikasi atau website iaitu:

  • Truecaller
  • info
  • Whos Number Is This
  • Whoscall

Check Number Phone

Check Panggilan Tidak dikenali Truecaller

Anda boleh menggunakan aplikasi Truecaller atau melalui portal Truecaller. Berikut adalah langkah:

  1. Layari portal https://www.truecaller.com
  2. Pada paparan portal Truecaller, anda boleh memuat turun software Truecaller mahupun jika menggunakan peranti pintar, anda boleh muat turun di Google Play dan App Store.
  3. Jika tidak, anda boleh abaikan langkah dua dan terus membuat semakan. Masukkan nombor telefon yang anda ingin check pada ruangan Search a phone number.
  4. Sebelum tekan butang search, anda diminta untuk Sign in terlebih dahulu. Tekan pada butang Sign in with Google dan secara automatik akan menggunakan akaun emel Google anda.
  5. Apabila selesai, akan tertera hasil carian anda. Pada hasil carian akan tertera nama (nama panggilan) dan syarikat telco.
  6. Akan tetapi, tidak semua nombor telefon ada dalam database Truecaller dan kemungkinan untuk anda memperoleh hasil carian ‘this number is not yet available juga ada. Bermaksud, nombor tersebut belum berdaftar dengan database Truecaller.
  7. Makluman, penggunaan Truecaller ini hanyalah percuma sahaja.
  8. Jika anda memasukkan nombor telefon sendiri dan tertera nama yang kurang menyenangkan, anda juga boleh mengubah nama anda dengan menekan butang Suggest name.
  9. Selamat mencuba.

Check Panggilan Tidak dikenali whosenumber.info

Satu lagi website yang anda boleh gunakan ada whosenumber.info. Caranya mudah sahaja :

  1. Layari portal https://whosenumber.info
  2. Pada paparan halaman, masukkan nombor telefon yang ingin anda check pada butang search atas sebelah kanan.
  3. Nombor telefon yang dimasukkan hendaklah disertakan dengan kod negara. Contoh : 60123456789
  4. Tekan butang search untuk carian. Hasil carian akan memaparkan negara, dan syarikat telco nombor tersebut.
  5. Untuk mendapatkan nama, anda perlu menghatar mesej kepada admin info.
  6. Pada bahagian Status, pilih Neutral, Good atau Bad.
  7. Masukkan nama dan email anda.
  8. Taip mesej anda pafa bahagian Message Text. Kemudian masukkan kod pada image tertera.
  9. Klik butang Send.

 Check Panggilan Tidak dikenali Whos Number Is this

  1. Layari portal https://www.whoseno.com.
  2. Pada paparan utama, pilih negara dikotak COUNTRY dan masukan nombor telefon.
  3. Tekan butang search. Anda perlu menunggu 80 saat atau anda boleh memilih untuk share ke Facebook atau Google Plus.
  4. Carian akan memaparkan nama pemilik,alamat dan juga alamat emel.
  5. Anda juga boleh memeriksa akaun Facebook pemilik jika nombor in di’link’kan ke akaun Facebook. Jika tidak akan tertera ‘Sorry profile has not been found. Please Try another number’.
  6. Untuk memeriksa lokasi nombor telefon, anda perlu tekan link View Exact location on Map. Jika tiada maklumat akan tertera mesej, ‘We are sorry. Address not found please check other numbers’.

Check Panggilan Tidak dikenali Whoscall

  1. Layari portal https://whoscall.com/en
  2. Untuk menggunakan Whoscall, tekan butang Download Now. satu paparan QR Kod akan terpapar. Imbas kod tersebut menggunakan telefon anda atau anda boleh muat turun melalui App Store atau Google Play.
  3. Selesai muat turun, buka aplikasi dan tekan butang Get started. Anda akan diminta untuk membuat Account Verification.
  4. Sign in mengunakan akaun Facebook atau Google anda.
  5. Tekan butang Allow pada paparan berikutnya. Whoscall akan meminta kebenaran daripada anda untuk akses maklumat telefon anda. Klik accept.
  6. Untuk tawaran Whoscall premium, tekan butang Later.
  7. Melalui Whoscall, anda akan dapat mengetahui nombor tersebut scammer atau bukan dan melihat syarikat telco nombor berkenaan.
  8. Paparan akan menunjukkan jika nombor tersebut scammer atau spam. Anda boleh block dengan tekan butang Set di notification yang tertera Enable default SMS feature untuk mesej dan tekan butang block pada menu lilihan sebelah kiri.
  9. Anda juga boleh menyekat panggilan dari luar negara dengan set On pada Block international numbers.

Sumber: KekandaMemey