Contoh Proposal & Format Penulisan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Contoh proposal, kertas kerja, kertas cadangan yang perlu anda tahu serta format penulisannya.

Lain: Contoh Laporan Program & Format Penulisan

Apa itu Proposal

Jika anda merupakan pelajar universiti atau kolej, kertas cadangan atau lebih dikenali sebagai proposal merupakan satu dokumen yang tidak asing lagi buat anda. Sama ada untuk projek kolej ataupun untuk projek kelas, semuanya bermula dengan proposal.

Bagi pelajar yang bakal menyambung pelajaran anda, kertas cadangan ialah dokumen yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek.

Secara ringkasnya, kertas cadangan ini akan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi pelaksanaan projek, anggaran perbelanjaan dan penutup. Jika kertas cadangan ini diterima pihak atasan, barulah projek anda boleh dijalankan.

Kepentingan Kertas Cadangan

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelumnya, kertas cadangan ini merupakan dokumen yang ditulis bagi menerangkan tentang projek yang ingin anda jalankan. Berikut merupakan kepentingan proposal ini sebelum pelaksanaan sesuatu projek:

  1. Sebagai Penyampai Maklumat
    • Berfungsi dalam menyampaikan maklumat berkenaan latar belakang aktivi, objektif, matlamat dan sebagainya kepada pihak sepatutnya.
  2. Sebagai Penilaian Idea/Projek/Aktiviti
    • Pihak berkuasa atau pihak berkepentingan akan memberi jawapan berkenaan kelulusan pelaksanaan aktiviti berdasarkan maklumat dalam proposal
  3. Peruntukan Kewangan & Sumber
    • Maklumat kewangan, dana dan sumber pendapatan program
  4. Pematuhan Garis Panduan & Lain-lain
    • Sebagai garis panduan sewaktu pelaksanaan program.

Format Penulisan Proposal

Penulisan proposal ini mestilah dipenuhi dengan maklumat dan cadangan berkenaan projek atau program yang ingin dijalankan, bagi meyakinkan pihak bertanggungjawab yang seterusnya membantu dalam mendapatkan kelulusan bagi menjayakan projek tersebut.

Di bawah merupakan butiran wajib atau format proposal yang di perlukan dalam dokumen jenis ini:

  • Tajuk
  • Latar belakang
    • Memperkenalkan organisasi
    • Memperkenalkan program yang ingin dijalankan
    • Tujuan program dijalankan
  • Maklumat Program/Aktiviti/Cadangan
    • Nyatakan nama aktiviti, tarikh, masa, tempat, dsb.
    • Nyatakan pihak terlibat
    • Nyatakan kumpulan sasaran
    • Kaedah pelaksanaan
  • Objektif
  • Justifikasi Program
  • Impak Program/Aktiviti/Cadangan
  • Implikasi Sumber
    • Nyatakan implikasi sumber (kewangan/sumber manusia/pengurusan risiko dsb
  • Tarikh Kelulusan dan Syor
    • Jawatankuasa/Bahagian yang Berkaitan Nyatakan syor, perakuan, maklum balas Ketua PTJ/Bahagian/Jawatankuasa yang berkaitan
  • Kesimpulan

Contoh Proposal

Berikut merupakan dua contoh proposal atau kertas cadangan yang mengikut format penulisan di atas.

Download Contoh Kertas Kerja PDF 1 : https://nadz.my/wp-content/uploads/2024/07/Contoh-Kertas-Kerja-Pelaksanaan-Program-Badan-Pelajar-BHEP-1.pdf

Download Contoh Kertas Kerja PDF 2 : https://nadz.my/wp-content/uploads/2024/07/Contoh_Kertas_Kerja.pdf

Sumber: Contoh Proposal Menarik & Format Penulisan Proposal (ecentral.my)