Koleksi Contoh Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya

Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi contoh soalan interview kerja dan contoh soalan temuduga untuk anda. Soalan temuduga dan jawapan serta cara jawab interview disediakan.

Artikel berkaitan lain: Senarai Bidang Dengan Permintaan Kerja Yang Tinggi Di Malaysia 2021

Contoh Soalan Interview

Berikut adalah tips interview kerja dan cara interview kerja untuk panduan anda.

Soalan Interview Kerja

Ikuti contoh soalan interview kerja di bawah ini.

Can you tell me a little about yourself?

Bolehkan beritahu serba sedikit tentang diri anda?

Untuk menjawab soalan ini, sudah mencukupi jika anda berikan jawapan ringkas yang menunjukkan kenapa anda adalah calon paling sesuai untuk kerja ini.

Anda boleh memberitahu 2-3 pencapaian atau pengalaman di tempat kerja atau di tempat anda belajar dahulu. Kemudian cuba terangkan bagaimana pencapaian dan pengalaman itu boleh digunakan dalam pekerjaan baru yang anda sedang pohon.

How did you hear about the position?

Bagaimana anda mengetahui tentang kerja ini?

Untuk soalan ini, anda kena jujur. Jika anda jenis apply semua kerja dalam pelbagai laman web, anda akan biasanya lupa dari mana anda jumpa iklan jawatan kosong ini.

Jika anda dapat tahu tentang pekerjaan ini daripada kawan atau hubungan-hubungan professional beritahu sekali nama mereka kepada penemuduga dan terangkan sekali kenapa anda tertarik dengan kerja tersebut.

Salah satu kelebihannya adalah jika anda dari sekolah yang bagus atau anda bekas pelajar sekolah berasrama penuh atau dari MRSM, anda boleh beritahu. Silap haribulan orang yang temuduga anda itu dari sekolah yang sama.

What do you know about the company?

Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?

Untuk menjawab soalan ini, janganlah anda cuma berikan jawapan dari laman web mereka “About Us” sahaja. Tunjukkan kepada penemuduga yang anda mempunyai misi dan visi yang sama dengan syarikat ini.

Gunakan sekali terma-terma spesifik atau keyword yang sering digunakan mereka dalam industri.

Why do you want this job?

Mengapa anda inginkan pekerjaan ini?

Untuk soalan ini, cuba fikirkan beberapa faktor utama yang menjadikan anda calon yang sesuai untuk kerja tersebut. Hati-hati supaya anda tidak menipu kerana majikan boleh kesan pada kemudian hari setelah anda diterima kerja.

Why should we hire you?

Mengapa kami patut memilih anda?

Untuk menjawab soalan ini, penting untuk anda ketahui 3 aspek penting untuk tarik perhatian mereka. Pertama, beritahu penemuduga kenapa anda boleh mengendalikan tugas dalam jawatan yang diberikan.

Kedua, beritahu bahawa anda adalah seorang team player dan mudah bekerja dengan orang lain.

Terakhir, anda hendaklah menjual diri anda dan beritahu mereka bahawa anda adalah calon yang terbaik diantara calon-calon lain. Hati-hati supaya tidak terlalu menjual diri.

What are your greatest strengths?

Apakah kelebihan anda?

Beritahu secara jujur tentang kelebihan anda dan yang paling penting ianya mestilah sesuai dengan jawatan yang anda sedang pohon.

What do you consider to be your weaknesses?

Apakah kelemahan anda?

Soalan ini ditanya untuk melihat jika anda ada kesedaran diri atau tidak dan untuk lihat jika anda adalah seorang yang jujur.

Pilih kelemahan yang anda sedang perbaiki.

Sumber: Therohani