in

Disebabkan Kuarantin, Mak Ayah Hanya Mampu Lihat Anak Melalui Video Call Ketika Nazak Dan Hari Pengebumian

Meninggal ketika kuarantin video call

Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia kini mengubah cara hidup kita sepenuhnya. Sekiranya sebelum ini kita bebas untuk pergi ke sana sini tanpa halangan, kini kita digalakkan untuk hanya kuarantin di dalam rumah sahaja bagi mengelakkan dari terkena jangkitan wabak tersebut. Perintah berkurung telah dilaksanakan di beberapa buah negara, termasuklah di Malaysia.

Sebarang proses pengurusan kematian yang berlaku pada ketika penularan wabak ini tidak boleh dilakukan secara kaedah biasa. Sama ada kematian dari mangsa wabak COVID-19 ataupun dari penyakit berlainan, jenazah akan diuruskan secara berhati-hati dengan pemakaian sut penuh PPE.

Di Twitter, seorang nurse peribadi yang dikenali sebagai Sazriman (@MSazriman) berkongsikan pengalaman beliau sewaktu menemani dan membantu seorang pesakit yang dikenali sebagai Muhaymin sehinggalah Muhaymin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Apa yang menyedihkan, Muhaymin meninggal dunia tanpa kehadiran ahli keluarganya kerana perintah lockdown (keluarga di USA pada ketika itu). Walaupun jauh, Muhaymin seringkali berhubung dengan keluarganya menerusi video call.

Sazriman menasihatkan agar anda semua dapat menghargai saat-saat bersama dengan keluarga sewaktu perintah berkurung ini kerana tidak semua dapat peluang untuk bersama dengan keluarga. Boleh jadi itulah peluang terakhir anda luangkan masa bersama keluarga.

Salah seorang pengurus jenazah masjid yang menguruskan jenazah Muhaymin, iaitu Muhammad Hazwan (@wan5390) berkata proses pengurusan jenazah arwah dipermudahkan Allah SWT. Hazwan turut berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan jenazah di kawasan yang diwartakan sebagai red zone COVID-19 dimana beliau dikehendaki untuk memakai sut PPE sama seperti frontliner lain.

uruskan jenazah sewaktu covid 19
uruskan jenazah sewaktu covid 19 2

Sumber: Sazriman (@MSazriman), Muhammad Hazwan (@wan5390)