eMadani TNG : Cara Daftar & Tebus eWallet RM100

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai eMadani TNG : Cara Daftar & Tebus eWallet RM100 Touch N Go yang dikongsikan oleh artikel asal di laman eMadani TNG : Cara Tebus eWallet RM100 Touch n Go (ecentral.my)

Lain: eMadani Shopee : Cara Daftar & Tebus eWallet RM100

Apa itu eMadani TNG

eMadani TNG merupakan kredit e-tunai sebanyak RM100 untuk golongan B40 dan M40, di mana program ini adalah kesinambungan program eBeliaRahmah dan dikreditkan ke dalam aplikasi Touch N Go eWallet.

Antara objektif program ini adalah memangkin pendapatan PMKS dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai di samping memanfaatkan rakyat dengan transaksi digital.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutamanya langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung.

Cara Penebusan eMadani TNG eWallet

Sila login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan.

Kredit ini akan tersedia untuk ditebus mulai 4 Disember 2023.

Pastikan anda telah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Setelah berjaya menebus, sila gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

emadani tng

Pembelian Yang Dibenarkan Menggunakan eMadani TNG

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA.

Contohnya:

  • Mamak ✅
  • Kedai runcit ✅
  • Klinik ✅
  • Gerai burger ✅
  • Kedai gunting rambut ✅
  • Kopitiam ✅
  • Kafe aesthetic ✅
  • Pasar pagi & malam ✅
  • Warung ✅
  • Bengkel kereta ✅
  • Kedai roti & bakeri ✅
  • Hotel ✅
  • Restoran ✅
  • Farmasi ✅
  • Supermarket ✅

Jangan risau, sebab ada dekat LEBIH 2,000,000 KEDAI-KEDAI FIZIKAL yang menyokong pembelian secara offline menggunakan eWallet Touch n Go.

emadani touch n go tng

Rujuk senarai kedai-kedai fizikal yang boleh menggunakan eMadani TNG: https://www.touchngo.com.my/consumer/payments/offline/

Banyak tempat boleh pakai Touch ‘n Go eWallet!

emadani touch n go tng
emadani touch n go tng
emadani tng

Tarikh Penebusan & Pembelian Menggunakan Kredit e-Dompet eMadani TNG

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

Sumber: eMadani TNG : Cara Tebus eWallet RM100 Touch n Go (ecentral.my)