Harga Baru Face Mask Berkuatkuasa Mulai Awal Bulan Depan

Pelitup muka ataupun face mask yang sebelum ini dijual pada harga RM1 sekeping (jenis tiga lapis) akan diturunkan harga sebanyak RM0.30 menjadikan harga face mask akan dijual pada harga RM0.70 sekeping mulai awal bulan depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga baru ini akan berkuatkuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bermula awal bulan depan. Bagi pemborong pula, harga diturunkan daripada RM0.95 kepda RM0.65 sekeping.

Gambar: BH Online

Kajian semula harga face mask oleh KPDNHEP membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport ini disebabkan oleh pengamalan norma baharu untuk memakai face mask.

Sumber: BH Online