Hotel View KLCC Murah (Hadap Twin Tower)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Senarai hotel view KLCC murah menghadap Twin Tower dan mempunyai Swimming Pool (5 Star) yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Hotel View KLCC Murah, Bilik & Swimming Pool (5 Star) (mypt3.com)

Lain: Koleksi Senarai Lokasi Air Terjun Selangor Yang Menarik

Hotel View KLCC Murah (Penginapan Menghadap Twin Tower)

Berikut adalah senarai hotel view KLCC Murah

Hotel View KLCC Murah : Impiana Hotel KLCC

  • Hotel 4 bintang, Impiana KLCC Hotel yang merupakan hotel yang terletak di lokasi yang strategik di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur.
  • Hotel ini juga merupakan satu-satunya hotel yang menghubungkan dengan Pavilion-KLCC melalui jambatan pejalan kaki.
  • Tempahan boleh dibuat melalui laman portal https://kualalumpurhotels.impiana.com.my/.

Hotel Pacific Regency KL

  • Pacific Regency KL terletak bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur dan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
  • Hotel ini merupakan hotel bandar dan pangsapuri berservis yang terbaik di Kuala Lumpur. Ianya terletak di antara keindahan alam semula jadi seperti Hutan Simpan Bukit Nanas, Jalan P.Ramlee.
  • Tempahan untuk hotel ini boleh dibuat melalui https://www.pacificregencygroup.com/pacificregencyhotelsuites/

Hotel Regalia Suite KLCC

  • Regalia Suite merupakan hotel kelas pertama yang terletak dalam daerah komersial dan perniagaan utama Kuala Lumpur.
  • Hotel ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan. Ianya juga mendapat komen yang positif daripada pelancong kerana servis dan facilitinya yang canggih.
  • Hotel ini menawarkan bilik hotel yang selesa dengan harga yang berpatutan dimana tempahan boleh dibuat pada laman portal https://www.upperview-regalia.com/

The Face Suite

  • THE FACE Suites menawarkan penginapan di tengah bandar Kuala Lumpur, 900 meter dari Galeri Starhill.
  • Ianya terkenal dengan kolam renang infiniti dan pusat kecergasan yang sangat selesa. Kolam renang luarannya memaparkan pemandangan kaki langit bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan.
  • Terdapat 200 bilik hotel yang ditawarkan untuk para penginap dengan harga yang bermula dengan RM200 semalaman. Tempahan boleh dibuat di laman sesawang https://www.thefacekl.com/.

Premiera Hotel Kuala Lumpur

  • Premiera Hotel merupakan hotel yang terletak di Bandar Kuala Lumpur berdekatan dengan pusat beli belah utama di Bandar Kuala Lumpur iaitu Sogo Mall, Quill Mall dan juga Jalan Tar yang merupakan pusat tarikan pelancong.
  • Semua tempat tarikan pelancong tersebut adalah dekat dengan hanya berjalan kaki.
  • Premiera menghimpunkan penginapan, tempat makan yang lazat, tempat beli belah dan mengisi kedua-dua perniagaan dan perjalanan santai di satu tempat.
  • Hotel ini menyediakan lebih 90 buah billik hotel yang selesa dan tempahan boleh dibuat di http://www.premiera.com.my/

5-Star Hotel Klcc View

Hotel KLCC View : Traders Hotel Kuala Lumpur

  • Traders Hotel merupakan hotel lima (5) bintang yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Hotel ini terletak berhampiran dengan Taman KLCC dan Pavilion Kuala Lumpur.
  • Hotel ini juga menyediakan kafe, servis dobi, spa, kolam renang, taman rekreasi, restoran dan banyak lagi fasiliti yang lain.
  • Harga untuk semalaman adalah lebih kurang RM500 sebilik bergantung kepada jenis bilik yang ditempah.

Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur

  • Grand Hyatt KLCC terletak di Jalan Pinang, Kuala Lumpur merupakan hotel mewah 5 bintang yang sesuai untuk urusan perniagaan dan percutian mewah.
  • Hotel ini menawarkan lebih daripada 411 bilik hotel mewah dan suites.
  • Terdapat pusat kecergasan, kolam renang luaran, spa dan tempat makan yang disajikan dengan masakan cef terkenal. Harga semalaman bermula dari RM600++. 

Hotel W KLCC

  • Hotel mewah yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur di mana pelancong dapat melihat permandangan KLCC menerusi bilik hotel mereka.
  • Hotel yang mempunyai reka bentuk dalaman yang unik ini menawarkan bilik mewah dan suite yang cukup selesa seperti Wonderful Guest Room, Spectacular Guest Room, Mega Guest Room, Cool Corner Guest Room, Studio, Marvelous Suite dan Wow Suite.
  • Kelengkapan fasiliti yang disediakan oleh hotel ini cukup canggih dengan teknologi-teknologi yang baru.
  • Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang https://whotel.com-kualalumpur.com/ pada harga yang bermula daripada RM1200 semalaman.

EQ Hotel KLCC

  • Hotel EQ Kuala Lumpur dinobatkan sebagai M&C Asia Stella Award pada tahun 2022 kerana hotel ini merupakan hotel perjumpaan terbaik.
  • Hotel ini banyak menjadi tumpuan para peniaga-peniaga tempatan dan antarabangsa untuk melakukan perjumpaan rasmi.
  • Bilik penginapan yang mewah, tempat makan yang selesa memaparkan permandangan KLCC dan bilik mesyuarat yang besar menjadi tarikan utama pelancong untuk menginap di hotel ini.
  • Penempahan boleh dibuat pada portal rasmi https://www.eqkualalumpur.equatorial.com/ dengan harga semalaman RM800.

Mandarin Oriental Hotel KLCC

  • Hotel mewah Mandarin Oriental Kuala Lumpur menjadi tumpuan warga pelancong yang inginkan penginapan yang selesa dan menarik di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Hotel ini berdekatan dengan hub perlancongan seperti Dataran Merdeka dan Segi Tiga Emas yang terletak di pusat kota metropolis yang sibuk.
  • Mandarin Oriental ini menawarkan bilik hotel kelas pertama dengan fasiliti yang lengkap seperti jaringan internet yang percuma, penghawa dingin, televisyen yang mempunyai pelbagai saluran filem, restoran yang mempunyai pilihan makanan yang pelbagai dan banyak lagi kelebihan lain.
  • Penempahan bilik hotel boleh dibuat pada laman sesawang https://mandarin-oriental-kuala.h-rez.com/ bermula pada harga RM800 semalaman.

Sumber: Hotel View KLCC Murah, Bilik & Swimming Pool (5 Star) (mypt3.com)