Hukum Vape Menurut JAKIM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan hukum penggunaan Vape menurut kenyataan rasmi JAKIM yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Hukum Penggunaan Vape – Kenyataan Rasmi JAKIM (ecentral.my)

Lain: Bahaya Vape Yang Perlu Anda Tahu

Hukum penggunaan vape atau rokok elektronik

hukum penggunaan vape

Kita wajib tahu bahawa setiap fatwa yang dikeluarkan mestilah berdasarkan ilmu dan bukti konkrit, bukan andaian semata-mata.

Satu ketika dahulu, rokok pernah difatwakan makruh namun kemudian hukumnya telah bertukar kepada haram setelah banyak kajian kesihatan berjaya membuktikan rokok mempunyai kesan serius kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Sama juga dengan perihal hukum penggunaan vape, kerajaan dan pihak berkaitan perlulah membuat kajian yang mendalam dan terperinci sebelum boleh mengeluarkan fatwa mengenainya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM melalui laman Facebook rasminya telah mengeluarkan kenyataan di bawah:

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpandangan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik adalah HARAM.Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Rujuk halaman Fatwa JAKIM untuk dalil dan hujah panjang lebar mengenai fatwa yang dikeluarkan ini.

Bahaya penggunaan vape dan rokok elektronik

Kementerian Kesihatan Malaysia kerana menyiarkan mengenai bahaya penggunaan vape melalui laman Facebook rasminya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Berikut adalah kesan-kesan bahaya akibat penggunaan vape:

  • Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan.
  • Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi.

Dengan senarai bahaya penggunaan vape di atas, maka tidak hairanlah hukum penggunaan vape telah difatwakan sebagai haram.

Sumber: Hukum Penggunaan Vape – Kenyataan Rasmi JAKIM (ecentral.my)