Cara Mohon i-Citra KWSP Dan Syarat Permohonan

Khas untuk para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimana kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan PEMULIH dimana membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Citra.

Bantuan rakyat lain: Insentif RM1500 Sebulan Untuk Belia Dari Penjana Kerjaya 2.0

Permohonan Pengeluaran KWSP i-Citra

Apa itu i-Citra?

i-Citra atau iCitra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut Perdana Menteri, seramai 12.6 Juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini.

Terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari bagi pengeluaran akaun 2 KWSP dan juga i-Sinar bagi pengeluaran akaun 2 KWSP. Bagi i-Citra ini pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah

Permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi portal i-Citra seperti pautan yang dikongsikan di bawah mulai 12 Julai 2021. Kadar pengeluaran dan kaedah bayaran juga akan dinyatakan lanjut. Bayaran Pertama pula dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Syarat Kelayakan i-Citra KWSP

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Permohonan i-Citra Pengeluaran KWSP & Semakan Status

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai permohonan pengeluaran KWSP:

Kadar Pengeluaran i-Citra

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah:

 SENARIO 1SENARIO 2SENARIO 3SENARIO 4
Amaun Kelayakan (RM)5,0004,5153,030947
Bayaran Pertama (RM)1,0001,0001,000940
Bayaran Kedua (RM)1,0001,0001,000
Bayaran Ketiga (RM)1,0001,0001,000
Bayaran Keempat (RM)1,0001,000
Bayaran Kelima (RM)1,000510

NOTA:

  • Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
  • Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.

Tarikh Permohonan i-Citra

  • Dibuka: 12 Julai 2021
  • Ditutup: 30 September 2021
tarikh permohonan i-citra

Cara Mohon i-Citra

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Sila ikuti langkah berikut u tuk membuat permohonan secara online:

  1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
  2. ISIKAN nombor Mykad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan keselamatan.
  4. Tentukan Amaun Pilihan pengeluaran. Rujuk pada A atau B dalam infografik di bawah.
  5. Tekan TERUSKAN.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  7. Semak semua maklumat dan tandakan tick pada ruangan yang tersedia. Tekan HANTAR. Selesai.
cara mohon i-citra

Tarikh Bayaran i-Citra

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Pertanyaan i-Citra / FAQ i-Citra / Soalan Lazim

Untuk sebarang pertanyaan i-Citra atau anda ingin hubungi KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Sumber: Mysumber