Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jenis ikan di pasar seperti jenis ikan sungai dan jenis ikan laut.
Artikel menarik lain: Jenis Burung Di Malaysia Yang Wujud & Popular
Jenis Ikan
Berikut adalah jenis ikan malaysia seperti jenis ikan sungai dan jenis ikan laut untuk panduan anda.
Ikan Bawal
Ikan bawal ini terdapat di lautan dalam dan biasanya dijadikan masakan ‘sweet and sour’. Kita akan biasa lihat ikan ini di pasar dimana ikan ini boleh didapati dalam tiga kumpulan iaitu ikan bawal putih, ikan bawal emas dan ikan bawal hitam.
Ikan Tenggiri
Ikan tenggiri adalah jenis ikan berminyak dan diperkaya dengan omega-3 asid lemak. Daging ikan tenggiri ini mudah rosak dengan cepat dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Jadi ianya perlu dimakan pada hari penangkapan, melainkan disejukkan dengan betul atau melalui proses pengawetan.
Tahukah anda bahawwa terdapat banyak kadar merkuri dalam ikan ini dan ianya berbeza untuk spesies yang berbeza. Kanak-kanak dan wanita hamil perlu mengelakkan makan ikan ini kerana kadar methylmercury yang tinggi dalam ikan ini.
Ikan Selayang
Ikan selayang atau turut dikenali sebagai ikan sardin merupakan jenis ikan yang berminyak. Tahukah anda bahawa istilah sardin pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada awal abad ke-15.
Ikan Selar
Ikan selar ini berwarna kekuningan dan sedikit berbelang di bahagian badannya. Ikan ini mempunyai rupa seakan-akan ikan kembung. Ia mendiami kawasan pantai seperti teluk dan terumbu karang.
Ikan Patin
Ikan patin merupakan jenis ikan air tawar yang mendiami daerah-daerah sungai dan lombong-lombong. Bentuk utama adalah tidak bersisik, mempunyai misai dan lembut. Panjangnya boleh mencapai 1 meter panjang dan beratnya boleh mencecah 20 kilogram. jenis ikan patin yang diternak di Malaysia adalah patin kolam atau patin sangkar.
Ikan Haruan
Ikan haruan adalah jenis ikan yang kepalanya seperti belut atau ular dan dimakan oleh para wanita yang dalam pantang. Ikan ini amat sedap dimakan jika dibuat sup, digoreng atau dimasak dengan sambal.
Ikan Kerapu
Ikan kerapu ini mempunyai badan yang berbintik yang mudah dikenali oleh sesiapa sahaja. Ia merupakan jenis ikan yang berada di lautan dalam. Harganya boleh dikatakan agak mahal juga namun rasanya amat sedap.
Ikan Siakap
Ikan siakap merupakan ikan yang paling popular dipesan di restoran makanan laut ataupun masakan panas. Jenis ikan ini biasanya amat sedap dibuat masak tiga rasa ataupun stim limau. Isi ikan ini amat pejal dan manis.
Ikan Kerisi
Ikan kerisi merupakan jenis ikan air masin. Ianya mempunyai rasa yang sedap dan warnanya kemerah-merahan dan mempunyai saiz yang sederhana.
Jenis Ikan : Ikan Keli
Ikan keli biasanya mempunyai kepentingan komersial yang besar. Jenis ikan keli yang bersaiz besar biasanya dijadikan santapan seperti goreng kunyit, kari dan sebagainya.
Jenis ikan ini hidup di air tawar dan lautan. Ikan pari biasanya amat sedap dimakan dengan bakar bersama air asam. Ia adalah antara jenis ikan yang berada di pasar dan mendapat permintaan ramai.
Sumber: Bidadari