Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai rempah ratus seperti jenis rempah ratus di malaysia, jenis rempah ratus dan herba, jenis rempah ratus dan kegunaannya dan lain-lain.
Jenis Rempah Ratus
Berikut adalah maklumat mengenai jenis rempah ratus dan kegunaannya
Oregano
Oregano adalah sejenis rempah ratus yang sihat dan amat berkhasiat. Oregano mungkin kelihatan tidak sedap, tetapi ia mengandungi banyak nutrien. Antara kandungan zatnya adalah vitamin A, C, E, dan K, serta sedikit serat, folat, vitamin B6, besi, kalsium, magnesium dan kalium.
Khasiat oregano ini juga kaya dengan antioksidan dan telah dikaji bagi sifat anti-mikrob dan anti-radang. Oregano dan minyak oregano juga dikaitkan dengan anti-kanser.
Satu sudu teh oregano mengandungi bukan hanya enam mikrogram vitamin K, tetapi mengandungi jumlah antioksidan yang sama seperti tiga cawan bayam.
Jintan
Jintan sebenarnya boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia bergantung kepada apa yang anda campurkan ke dalam masakan anda.
Berdasarkan kajian yang dibuat, individu yang mempunyai berat badan berlebihan diberi kapsul jintan selama lapan minggu mengalami perubahan berat badan yang ketara.
Jenis rempah ratus atau khasiat jintan ini juga telah dikaji untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser. Ciri-ciri perubatannya berasal dari fenol dan flavanol yang terdapat di dalam jintan tersebut.
Halia
Halia merupakan jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai komponen dalam mencegah penyakit. Khasiat Halia telah digunakan sejak zaman purba dan merupakan ubat bagi masalah loya, kembung dan ketidakselesaan badan. Ia turut digunakan untuk merawat mual pagi dan mual oleh proses kemoterapi.
Halia juga telah dikaji sebagai ejen pengurusan berat badan yang berpotensi meningkatkan rasa kenyang. Orang yang mengamalkan satu sudu teh halia setiap hari selama 11 hari mengalami penurunan sebanyak 25 peratus dalam kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Kayu Manis
Jenis rempah ratus yang sihat iaitu kayu manis telah digunakan sebagai ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit seperti masalah pencernaan, diabetes dan banyak lagi.
Penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan khasiat kayu manis untuk membantu mengurangkan gula dalam darah dan tahap kolesterol. Anda boleh taburkan serbuk kayu manis ke atas oat, roti bakar atau yogurt untuk memberikan aroma dan rasa yang memukau pada hidangan anda.
Serbuk Kari
Peranan jenis rempah ratus ini amat penting dalam masakan di seluruh dunia. Ia mengandungi anti-radang yang 50 kali lebih kuat daripada vitamin C atau E mengikut kajian.
Malahan, kajian juga mengatakan khasiat serbuk kari dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara dan ia juga dapat melindungi daripada terkena kanser perut atau usus.
Paprika
Paprika adalah sebahagian daripada keluarga lada termasuklah lada hijau, lada merah dan beberapa jenis lainnya. Paprika dikatakan amat baik untuk aktiviti antioksidan.
Selain itu, khasiat paprika dimana satu sudu teh paprika bersamaan dengan 37 peratus pengambilan harian vitamin A yang disyorkan dan ia juga mengandungi beberapa zat besi.
Lada Hitam
Lada hitam adalah jenis rempah ratus yang baik dari segi khasiat lada hitam untuk merangsang enzim pencernaan pankreas, yang meningkatkan penyerapan makanan. Lada hitam juga didapati mempunyai ciri-ciri anti-tumor dan anti-mutagenik.
Gunakan lada hitam untuk menambah kesedapan masakan seperti sup, salad, daging, hidangan bijirin dan banyak lagi.
Kunyit
Kunyit telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk merawat pelbagai keadaan seperti arthritis, sakit sendi, diabetes, masalah pencernaan, dan kanser.
Antara khasiat kunyit adalah kunyit mengandungi komponen aktif yang dipanggil curcumin yang boleh menghentikan kanser daripada merebak. Jenis rempah ratus ini juga membantu mencegah diabetes jenis 2 dan melawan kembali terhadap keradangan berbahaya di dalam tubuh.
Buah Pala
Buah Pala adalah jenis rempah ratus yang harum dan berfungsi dengan baik di dalam pencuci mulut dan hidangan yang enak. Ia berasal dari benih tumbuhan Myristica dan rasanya seperti kayu manis.
Khasiat Buah Pala adalah buah pala merupakan ramuan yang popular dalam makanan India, Malaysia dan Indonesia. Buah Pala boleh memberikan kelegaan untuk pelbagai keadaan, dari senak sehinggalah kepada masalah nafas berbau.
Asam Jawa
Asam Jawa adalah buah masam yang berasal dari Afrika. Asam Jawa digunakan dalam banyak masakan Afrika tetapi ia juga merupakan ramuan yang popular dalam masakan Amerika Latin dan Asia.
Antara khasiat asam jawa adalah julap semula jadi dan ia diketahui memberikan kelegaan demam. Sesetengah orang meminum jus asam jawa untuk mengurangkan sakit tekak.
Cengkih
Jenis rempah ratus yang sangat popular dalam masyarakat kita adalah bunga cengkih. Cengkih mempunyai rasa yang unik. Ia berfungsi dengan baik dalam masakan Asia, India dan Mediterranean, seperti kari dan stew.
Antara khasiat Cengkih adalah ianya digunakan untuk meringankan kesan pelbagai penyakit dan kesihatan. Jenis rempah ratus ini dapat memberi kelegaan sakit mulut dan sakit kepala. Rempah ini juga dipercayai mempunyai manfaat penting dari segi mengekalkan ketumpatan tulang.
Serbuk Cili
Serbuk cili tidak perlu diperkenalkan lagi kepada semua orang. Ia merupakan penambah rasa sedap dalam hidangan masakan. Antara khasiat Serbuk cili juga amat bagus untuk membakar kalori dalam tubuh badan anda.
Sumber: https://bidadari.my/jenis-rempah-ratus/