in

Kehidupan Dijangka Akan Kembali Normal Sekitar 7 Tahun Lagi

covid bloomberg

Sejak dari tahun 2019 lagi, kita diserang dengan wabak yang dilihat seolah tidak menunjukkan tanda ianya bakal tamat dalam masa terdekat. Walaupun beberapa syarikat di seluruh dunia telah mula menghasilkan vaksin, ianya mengambil masa yang lama untuk memastikan penduduk dunia ini mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

covid bloomberg

Menerusi laporan Bloomberg yang juga merupakan media yang mempunyai rekod COVID-19 terbesar, walaupun ratusan juta vaksin ditawarkan ke seluruh dunia, jumlah berkenaan masih belum cukup untuk memastikan wabak ini bakal berakhir dalam masa terdekat.

covid bloomberg

Kebanyakkan vaksin yang dihasilkan kini hanya mampu memberi imunisasi kepada badan dengan keberkesanan sekitar 90%-95% sahaja. Program suntikan vaksin ini boleh dilihat tidak selaras diseluruh dunia dimana Israel kini merupakan negara dengan jumlah penduduk yang menerima vaksin paling tinggi di dunia iaitu sebanyak 75% dalam tempoh dua bulan sahaja.

covid bloomberg

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang memaklumkan bahawa negara mereka dijangka akan siap menawarkan vaksin kepada para penduduk sekitar tahun 2022. Nampaknya kita semua perlu membiasakan diri dengan norma baharu ini (memakai pelitup muka dan penjarakan sosial) dalam tempoh yang lebih panjang.

covid bloomberg

Sumber: The VOCKET