Ini Cara Keluar WhatsApp Group Tanpa Disedari Ahli Lain

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular di dunia ini. Disebabkan itu, kadang-kala kita sering kali dimasukkan ke dalam pelbagai jenis WhatsApp group sama ada sukarela ataupun tidak.

Ini menjadi masalah jika kita ingin keluar dari group tersebut tanpa disedari oleh ahli-ahli lain. Jangan bimbang kerana sebenarnya terdapat cara untuk membolehkan anda keluar dari group WhatsApp tanpa disedari oleh orang lain.

Tips lain: Senarai Voucher Foodpanda Dan Kod Promo Foodpanda Mei 2021

Cara Keluar WhatsApp Group

Tukar Nombor Telefon WhatsApp

Cara untuk selesaikan masalah ini dengan cara guna nombor telefon sementara. Cara ini mungkin sedikit melecehkan kerana anda perlu sediakan satu nombor sementara bagi proses ini.

Di bahagian Settings WhatsApp, tap pada Account.

Kemudian pilih Change number dan masukkan nombor lama dan nombor baru (sementara).

Selepas menukar kepada nombor baru itu, WhatsApp tetap akan memaklumkan berlakunya penukaran nombor anda di dalam group yang anda telah masuk sebelum ini.

Anda tidak perlu bimbang kerana kebiasaannya ahli-ahli group akan abaikan sahaja notifikasi dalam group, melainkan anda seorang yang popular dan penting dalam group tersebut.

Selepas nombor ditukar kepada nombor sementara tadi, anda bolehlah memilih untuk keluar dari group WhatsApp yang anda kehendaki.

Setelah keluar dari group tersebut, anda boleh kembali menggunakan nombor lama anda sebagai akaun WhatsApp anda dimana proses penukaran sama seperti di atas.

Cara ini sedikit rumit dan mungkin tidak semua orang ada nombor kedua untuk dijadikan sebagai nombor sementara. Anda digalakkan untuk membuat salinan (backup) sebelum membuat proses penukaran nombor di atas bagi mengelakkan sebarang kehilangan data dalam WhatsApp.

Sumber: wiser.my