in

Kerajaan Akan Perkenal Warungku, Alternatif GrabFood Dan FoodPanda

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengumumkan bahawa kerajaan akan perkenalkan sebuah platform edagang tersendiri dikenali sebagai Warungku.

Warungku ini akan ditawarkan sebagai alternatif kepada GrabFood dan FoodPanda, memudahkan restoran dan kedai makan kerana mereka tidak perlu membayar cas perkhidmatan yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, beberapa platform sedia ada mengecas sehingga 35%.

Kerajaan dijangka memperkenalkan platform Warungku ini secara rasminya pada 10 April 2021 ini kelak.

Sumber: Amanz