in ,

KKM: Elakkan Buat Aktiviti Ini Selama 7 Hari Selepas Menerima Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook telah menasihatkan penerima vaksin Covid-19 agar elakkan aktiviti fizikal berat selama seminggu.

Antara aktiviti fizikal berat yang dimaksudkan adalah seperti:

  1. Sukan melibatkan bola/raket
  2. Berbasikal
  3. Angkat berat
  4. Berlari/jogging
  5. Berenang

Berdasarkan perkongsian infografik yang bersumberkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) itu juga, mereka yang mengalami beberapa gejala selepas vaksinasi dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital terdekat.

Antara gejala yang mungkin dialami adalah seperti:

  1. Sesak nafas
  2. Sakit atau ketat dada akut
  3. Jantung berdebar