in

Kompaun RM300 Menanti Kepada Sesiapa Yang Sengaja Redah Banjir

Pada musim banjir ini, ramai yang cuba untuk redah sebab hendak melihat keadaan rumah mereka. Tapi sekarang masih belum sesuai untuk berbuat demikian kerana banyak kawasan yang masih alami hujan lebat dan paras air banjir yang tinggi.

Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik, tindakan undang-undang (Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987) akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari arahan terutama meredah banjir di kawasan yang diletakkan papan tanda amaran.

Menurut Datuk Roslee lagi, setakat hari ini sudah ada tiga kes kenderaan meredah banjir di Kemaman dan terbaru ada sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan arus deras di bawah Jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2, Chukai.

Sumber: Harian Metro