in

Misteri Kubur Berdarah Keluar Cecair Merah Terjawab

kubur berdarah

Sekitar bulan September tahun lalu, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan keratan video yang menunjukkan misteri kubur berdarah yang mengeluarkan cecair merah seakan darah.

Kisah Seram Lain: Seram, Rumah Didatangi Budak 13 Tahun Pukul 1.30 Pagi Minta Bantuan

Kubur Berdarah

Kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar, Kedah. Isu tersebut menjadi serius sehinggalah memaksa ahli jawatankuasa kampung untuk menimbus semula kubur berkenaan bagi mengelakkan berlakunya fitnah. Laporan polis juga dibuat supaya siasatan lanjut dilakukan.

Misteri Cecair Merah

Namun begitu, beberapa hari kemudiannya, misteri kubur berdarah terjawab dimana cecair merah yang ditemui itu bukanlah darah sebaliknya merupakan campuran bahan seperti cat dan minyak.

Ketua Polis Kedah pada ketika itu berkata bahawa pihaknya percaya kejadian itu diwujudkan oleh segelintir individu yang disifatkan sebagai ‘nakal’ bagi menarik perhatian orang ramai.

Sumber: gempak.com