Lagu Negeri Selangor : Lirik & Sejarah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai lagu negeri Selangor atau lagu Selangor seperti lirik lagu negeri Selangor dan sejarah lagu Selangor.

Lain: Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani Bunkface

Lagu Negeri Selangor

Berikut adalah info mengenai lagu Selangor yang dikongsikan oleh laman asal di Lagu Negeri Selangor: Sejarah, Lirik, Audio, Video (ecentral.my)

Lirik Lagu Selangor

Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Pengenalan

“Duli Yang Maha Mulia” adalah ialah tajuk lagu Negeri Selangor yang mula digunakan secara rasmi oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 1967.

Penulis lirik tidak diketahui, tetapi muziknya ditulis oleh Saiful Bahri yang juga menulis dan mencipta lagu negeri Melaka, Melaka Maju Jaya.

Ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” ini juga merupakan gelaran diraja, bersamaan dengan “Yang Mulia”, digunakan untuk merujuk kepada raja-raja negeri di Malaysia.

Sejarah

Lagu negeri Selangor yang pertama digubah pada tahun 1908 berdsarkan tafsiran semula lagu rakyat Chantek Manis oleh Daniel Ortego.

Liriknya adalah seperti berikut:

Allah selamatkan Duli Yang Maha Mulia,
Kekal dan selamat di-atas Takhta,
Panjangkan umur dan aman sentosa,
Adil mewah murah memerintah rata,
Daulat!

Pada tahun 1967, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ketika itu, mengumumkan bahawa lagu itu akan digantikan dengan lagu negeri yang digunakan sehingga sekarang.

Sumber: Lagu Negeri Selangor: Sejarah, Lirik, Audio, Video (ecentral.my)