Senarai Ciri Lelaki Idaman Wanita Yang Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai ciri lelaki idaman wanita sholehah dan lelaki romantik idaman wanita yang perlu anda tahu.

Artikel berkaitan: Ini Tanda Perempuan Suka Kita Dalam Diam

Lelaki Idaman Wanita

Berikut adalah senarai ciri lelaki idaman wanita.

Lelaki Yang Kelakar

Tahukah anda bahawa kalau anda pandai buat lawak, anda adalah lelaki idaman wanita. Kalau pandai buat lawak, senang nak pujuk perempuan yang merajuk dan hati pun terhibur.

Lelaki Idaman Wanita Adalah Lelaki Buncit

Pada yang sudah kahwin, bagi perempuan lelaki buncit itu seksi. Lebih-lebih lagi bila suami makan apa yang isteri makan, itu tandanya senang hati. Gemuk itu tanda dia berjaya dan pandai jaga lelaki miliknya.

Lelaki Berisi

Berisi di sini bukan bermaksud buncit ya. Buncit itu perut manakala berisi tu mungkin di bahagian paha atau lengan atau lebih selesa dipanggil chubby. Apabila muka lelaki bulat dan pipi tembam, nampak comel bagi perempuan.

Lelaki Kaya

Tak dinafikan bahawa semua orang nak kahwin dengan orang yang kaya dan berharta. Tetapi ingat bahawa kaya ini tidak menjamin kebahagiaan.

Lelaki Tinggi

Memang terdapat jenis perempuan yang suka lelaki tinggi, lebih-lebih lagi tinggi dari dia. Kalau dapat, bersyukurlah.

Lelaki Bermisai

Ada sesetengah perempuan yang menganggap lelaki bermisai ini segak.

Lelaki Berjambang

Lelaki berjambang ini mungkin nampak hipster dan modem bagi mereka sehingga menjadi salah satu ciri lelaki idaman.

Lelaki Pemalu

Ada juga perempuan yang suka lelaki jenis pemalu yang tidak banyak bercakap dan lemah lembut.

Lelaki Muda

Ini untuk perempuan yang mungkin umur sudah lanjut dan masih lagi belum bersuami. Kalau umur tidak menjadi masalah, boleh sahaja berkenalan dengan lelaki muda.

Lelaki Penyayang

Perempuan cukup suka dan cair hati mereka jika seorang lelaki cukup penyayang, lebih-lebih lagi penyayang dengan kanak-kanak.

Lelaki Matang

Perempuan suka lelaki matang, tapi elakkan suami orang yang sudah lalu kehidupan berumahtangga, dan masak dengan perangai dan kerenah perempuan.

Lelaki Yang Selalu Ambil Berat

Lelaki yang ambil berat ialah lelaki yang matang. Lebih kurang sama dengan penerangan pada perenggan sebelum ini. Maksudnya, ini ialah ciri ciri lelaki idaman wanita.

Lelaki Yang Setia

Semua perempuan juga impikan lelaki yang setia dalam hubungan dan tidak ada hubungan lain dengan perempuan lain.

Sumber: Therohani